Monday, April 16, 2012

ROTI JALA

Assalamualaikum dan selamat petang semua..Alhamdulillah..Allah SWT masih memberi peluang utk kita semua bernafas ari nii.. bersyukur sgt dgn nikmat yg dikurniakan ^_^..Semalam xsempat nak mengupdate blog..seharian keluar jln2 and petang baru terpacak kat umah..blk jer umah terus mulakan projek menjala & mengkari..dh beberapa kali tertangguh nk buat..semlm mmg xleh nk tangguh lg..air liur dah meleleh nak mkn roti jala & kari sgt2 hehee..Alhamdulillah..dapat lah mkn yg di idamkan..nasib baik xidam yg pelik2 lg ^^..

Jom kita layan pic je lah ekk..semua dah abis..yana buat utk dinner semalam and bekpes pagi tadi..lepas jer solat subuh yana sambung menjala..roti jala semalam dah abis..mmg betul2 yana mkn..xpandang kiri kanan dh..sedar xsedar abis lah 8 gulung ^_^..Roti Jala kali ni yana cuba resepi dari CMG..siap ada tutorial lg haa..klu nak tau cara buat roti jala ni sila ke dapur CMG yer..kuah kari ayam pula resepi campak2 jer..xsempat lagi nak bagi resepi kari ayam..nnt lah yana update yer..nak keluar pulak kejap lg...^_^

ROTI JALA


BAHAN-BAHAN:-

1 cawan tepung gandum
3/4 cawan air
1/2 susu segar
2-3 titik pewarna kuning
1 biji telur
3 camca besar mentega air ( atau minyak zaitun ) yana guna minyak zaitun
Secubit garam


CARA NAK BUAT:-
  1. Satukan semua bahan2 di atas. Kacau rata dengan whisk dan tapis bancuhan tadi. Ketepikan 10 minit. ( yana blend jer semua ^_^ )
  2. Panaskan non-stick pan, mat guna saiz 10 inci. Lenser dgn sedikit minyak zaitun ( lap dgn paper towel bersih yg dicelop sedikit minyak ). Bila panas, paipkan adunan yg telah diisi dalam acuan botol bermuncung tiga secara zig-zag. Kemudian buat kaedah sama tapi kali ni bertentangan jaluran tadi.
Selamat Mencuba :-)

6 comments:

Wattie said...

Assalamualaikum Yana,
kemana menyepi tanpa berita......harap semuanya sihat2 ya.
Roti jala kari ayam mmg favourite akak....selalu pekena dekat food court seberang jaya....

tun_telani said...

salam kak yana ^^ sedapnye roti jala. tun suka buat roti jala time bekfas. mmg wajib ada kari ayam tu mkn ngan roti jala =)

rahel said...

Alahai..rindu la pulak ngan roti jala..lama juga Rahel tak menjala..

quinnie said...

sedapnya..lama betul tak makan roti jala,,,kita ni malas skit nak menjala ni..kalau dah betul2 teringin baru kita buat..hehehe

Nuwairani said...

baru plan nak buat roti jala hujung minggu ni. tak tahulah jadi ke tidak...

Amie said...

Assalamualaikum Yana,
teringinnya nak makan roti jala cicah kuah kari...entah bila nak buatnya, ngencess bila tengok roti jala Yana.