Thursday, December 15, 2011

CREAMY CHICKEN SOUP

Assalamualaikum dan salam sejahtera..pagi ni juz nk tayang gandingan mantopp Garlic Rolls semalam..Creamy Chicken Soup..tq Tun coz dgn hebatnya menggugel and jumpa resepi soup yg tersangatlah mabeles nii..xmau cakap byk lagi..kita cuci mata je lah ekss..semua dh abis ^_^


CREAMY CHICKEN SOUP
adapted from: mohd roslan
sumber: tun telani


Bahan2:

  • 50 g butter/margerine
  • 1 bj bawang besar- dadu
  • 2 ulas bawang putih- tumbuk
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 keping dada ayam- hiris nipis
  • 2 kiub ayam
  • 1 liter air
  • 1/2 tin susu sejat
  • 1 sk dried oregano
  • garam



Cara2:
  • Cairkan butter/margerin dan tumis bawang besar sampai layu.
  • masukkan bawang putih dan tumis lagi.
  • masukkan ayam dan masak sampai ayam betul2 masak. masukkan sedikit air dan kuib ayam. masak sampai kuib ayam larut.
  • kecilkan api dan masukkan tepung gandum. kacau sampai rata.
  • masukkan air sedikit demi sedikit dan kacau sehingga tiada ketul2. gunakan whisker jika perlu.
  • masukkan susu dan masak dgn api sederhana sampai sup mendidih. 
  • perasakan garam dan masukkan oregano.
  • siap! sgt sedap dimakan bersama garlic bread..
Selamat Mencuba :=)

Wednesday, December 14, 2011

GARLIC ROLLS ( without egg )

Assalamualaikum dan salam sejahtera..apa khabar semua? moga sihat2 ajer..lama tuan umah cuti kan..ada yg merindui diri ini tak hihii..Ekceli yana agak kebizian sikit minggu nii..bizi jadi nurse My Laling yg xsihat..Dah 4 ari husben yana demam and sakit mata..Alhamdulillah hari ni dah ok sikit..bleh lah wife dia berfoya2 kejap kat alam maya ^_*

Tak mau cakap banyak..kita layan dulu Garlic Rolls and Creamy Chicken Soup bekpes kami 2 ari lepas..Serius cakap..mmg sedap gandingan Garlic Rolls dgn Creamy Chicken Soup nii..Hubby yana mkn non stop walaupun masa tu dia demam..semua benda lain xselera nak mkn..siap mintak suh bt lg utk esok..pe2pun tq pada Kak Ratna & Tun kerana berjaya goda Yana buat roti nii bersama Creamy Chicken Soup and tq jgk pd tuan empunya resepi..mmg best sgt ^__^


GARLIC ROLLS ( without egg )
Resepi: Suhaina
Sumber : Umm Mymoonah, Kak MaDiHaA & Tun_Telani




Ingredients: (makes 8 rolls)
3 cups Plain Flour ( MadiHaA guna tepung roti ( next time bleh tambah dlm 2-3 sudu besar tepung lg sbb doh agak lembik- yana tambah jugak )
1 cup warm water
1 tbsp yeast
1 tsp salt
2 tbsp sugar
2-3 tbsp Extra Virgin Olive Oil
Garlic Spread ( refer below )


Method:

  • Mix everything together except oil with warm and knead until you get a smooth dough.
  • Add oil and knead until the dough springs back when you press with your finger.
  • Apply oil and allow to rise for 40-45 minutes. By this time it will be double its initial size.
  • Make Garlic Spread
  • Knock down the air in the dough and divide the dough into two equal portions.
  • Grease a baking pan or loaf tin with butter.
  • Roll the dough using a rolling pin. Apply flour to prevent sticking.
  • The rolled out dough must be least half inch thick.
  • Try to make it more like a rectangle. Apply one tablespoon of the garlic spread on it.
  • Roll it and cut it into two equal parts and further cut the two parts into two, so that you get 4 equal rolls.
  • Now place the rolls with the cut side up in the greased pan.
  • Repeat the same procedure for the remaining dough.
  • Apply the balance garlic spread on top and apply milk or egg wash which you prefer.
  • Sprinkle sesame seeds ( optional )
  • Allow to proof for another 20 minutes.
  • In the mean time preheat the oven to 180 degree, ( MaDiHaA guna suhu 170c )
  • Bake for 20-25 minutes until the house is filled with the aroma of roasted garlic and bread.
  • Take a bite into this lovely soft and flavourful rolls. You will surely fall in love with it.
  • The quantity of water depends on the brand of flour used. I sometimes use less than a cup, sometimes more than a cup for the same 3 cups of flour.
# I add 1 tbsp yeast for a quick rise. You can reduce the quantity of yeast ( say 1 tsp ) and let it rise slowly too. ( MaDiHaA uli guna BM & guna sukatan seperti arahan & dapati doh sedikit lembik agak sukar utk mencanai & menggulung. So, next time akn tambah sedikit lg tepung.





GARLIC SPREAD
Used for making garlic buns, rolls and even can be spreaded on breads before toasting it.
Ingredients:-

50 gm salted butter
5 garlic ( chopped )
2 tbsp Coriander leaves - chopped ( yana letak dry oregano )
Method:-
  • Bring butter to room temperature
  • Mix everything together
  • Can be stored in the chill tray for up to one week
Selamat Mencuba :-)

Friday, December 9, 2011

UPSIDE- DOWN PIZZA

Assalamualaikum dan selamat malam..mata xngantuk lagi so, ada masa kejap nak merayau2 di alam maya nii.. Ekceli, mood masak dh ke laut sehari dua nii..hmm..sbbnya membaking yg tak menjadi..huaaa..frustnyaa..byk kerugian berlaku..slalu duk fikir nape xjadi..dah ikut step by step dh tp kek itu tetap xjadi..hmm..

Tgh2 mlm ni juz nk tayang menu dinner tadi..ari ni asyik masak sajian pantas jerr..tadi pun bt sajian pantas jugak.. Upside-Down Pizza virus dari Tun ^_^..kali ke 3 yana buat..sebelum ni xsempat nak tayang kat sini sbbnya pizza ni mmg rezeki orang lain..2 kali buat ada yg langkah kanan dtg bertandang ke umah..So, xsempat lah tuan umah nak berposing dulu hihii..Malam ni dapat jugak snap pic pizza walaupun hati frust mengenangkan kek yg bantat itu.. Pic pun xbegitu menarik..snap waktu malam..pic mst jd kaler kuning gitew..maklum je lah snap pkai camera cap ayam jer..hahahaa..pe2pun kita layan je lah.. Yana nak meronda umah kengkawan pulak..jumpa lagiiii :-)


UPSIDE-DOWN PIZZA


Dough

2 bj telur
1 c susu 
1 c tepung
1 sb minyak
1/2 sk garam

- gaul sebati (me guna mixer) semua bahan.
- sedia utk diguna

Filling

1 keping dada ayam- kerat2
4 sosej/hotdog- kerat2
1/2 tin cendawan butang- hiris
1/2 bawang besar- dadu
3 ulas bawang putih- hiris halus
1 sb cili boh
2 sb tomato puree
1 sb oregano
1 sk paprika
garam

- tumis bawang besar dan bawang putih sampai layu
- masukkan cili boh dan tumis lagi
- masukkan ayam dan tumis sampai ayam masak
- masukkan sosej, cendawan, dan tomato puree. masak kejap.
- gaulkan oregano dan paprika, perasakan garam


Keju secukupnya

Cara2:

  • Panaskan oven 180 degree
  • Letakkan filling dlm loyang
  • tabur cheese atas filling.
  • cuahkan adunan 'dough' kat atas.
  • Bakar selama 25 minit, hingga keperangan.
  • Biarkan selama 5 minit sblm potong dan hidang.

Selamat Mencuba :=)

Thursday, December 8, 2011

SAJIAN PANTAS ^_^

Assalamualaikum..Alhamdulillah yana masih bernafas hari ini..dapat lg kita bersua..tgk tajuk kat atas sajian pantas ala2 Master Chef plak kan hihii..ekceli pagi ni bekpes dgn Cooney Dog..kejap jer nak buat sbb tu jadi sajian pantas..Memang slalu yana buat..cepat dan mengenyangkan..

Tak mau bebel panjang2 lagi..ada keje sedang menanti..jumpa lagi :=)

COONEY DOG



Bahan-bahan ( 10 biji )
  • 400 gm daging kisar
  • 3 biji bawang besar - potong dadu
  • 2 ulas bawang putih - cincang halus
  • 1 sdk serbuk lada (chilli powder)
  • 3/4 sdk lada hitam - kisar halus
  • 3/4 cawan sos tomato
  • 1/4 cawan air
  • 1 sdk garam
  • 1 sdk gula
  • serbuk perasa secukup rasa
  • 10-12 biji roti hotdog (frankfurter roll)
  • 10-12 biji sosej / frankfurter

CARA NAK BUAT:-
  1. SOS: Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau. Lepas itu, masukkan serbuk lada dan masak sehingga agak-agak rempah masak.
  2. Masukkan daging kisar. Gaul sebati sehingga daging mengecut.
  3. Tuangkan sos tomato. Gaul sebati. Masukkan pula bahan-bahan lain, (air, lada hitam, garam, perasa dan sedikit gula) dan tunggu sehingga daging benar-benar masak.
  4. Masak sosej. (Terpulang ingin guna cara bagaimana spt guna microwave).
  5. Belah tengah-tengah roti hotdog, letakkan sosej dan tuangkan sos daging ke atasnya
Selamat Mencuba:=)

Wednesday, December 7, 2011

DAGING MASAK MERAH ALA THAI

Assalamualaikum dan selamat pagi..Juz nak post menu semalam..krg ada yg tertunggak pulak..sebelum damia jaga jom kita layan Daging Masak Merah Ala Thai dulu..Yana suka daging masak merah ni..Mama yana slalu buat klu anak2 dia blk..dia blaja dgn jiran umah kat klate..area umah kami kat sana ramai org thai..kali ni yana buat utk hubby mkn dgn nasi goreng..Bahan sukatan ni yana main campak2 je ikut sedap tekak kat umah nii..klu ada yg nak try nnt bleh lah adjust sndiri bahan2 yer..kot2 ada yg tambah kepedasan ke..pe2pun jom layann:=)

DAGING MASAK MERAH ALA THAI


BAHAN-BAHAN:-

250gm daging ( rebus dulu yer baru hiris..air rebusan jgn buang )
2 biji bawang putih ( tumbuk )
2 biji cili api ( tumbuk kasar )
1/2 bawang besar ( potong bulat )
2 sudu besar cili sos
2 sudu besar sos bawang putih thai
1/2 sudu besar sos tiram
1/2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos nampla
1 biji cili merah ( hiris )
Sedikit bunga kobis
Sedikit carrot
Garam dan gula


CARA NAK BUAT:-

  1. Rebus daging bersama 1 ulas bawang putih ( diketuk ) dan 1 batang serai ( diketuk ) hingga empuk. Tambah sedikit pewarna merah.
  2. Dalam kuali panaskan minyak. Tumis bawang putih, sedikit bawang besar dan cili api.
  3. Kemudian tambah sedikit air rebusan daging tadi dan masukkan semua jenis sos. Kacau.
  4. Setelah itu boleh masukkan bunga kobis dan juga carrot. Kacau kejap dan masukkan daging bersama lebihan bawang besar dan cili merah. 
  5. Biarkan kuah pekat sedikit baru masukkan garam ( jika perlu ) dan gula. Siap utk dihidangkan :=)

Selamat Mencuba :-)