Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^
Salam hari Jumaat yang penuh keberkatan..Pagi2 ni moh layan dulu spaghetti goreng tomyam dinner yana beberapa hari yang lalu ^__^..simple2 je sebab nak habiskan stok dalam esbox..campak je apa yang ada..
Kita semak je resepinya..Puan tanah bizi sikit hari nii..Tak sempat nak berBW..InsyaAllah ada masa nanti yana singgah umah kengkawan yer~~peace~~
Kita semak je resepinya..Puan tanah bizi sikit hari nii..Tak sempat nak berBW..InsyaAllah ada masa nanti yana singgah umah kengkawan yer~~peace~~
SPAGHETTI GORENG TOMYAM
BAHAN-BAHAN:-
200 gm spaghetti ~ letak sedikit minyak, rebus & toskan
2 ulas bawang putih ( dicincang )
1 labu bawang besar ( dicincang )
1 batang serai dititik
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
6-7 ekor udang sederhana besar
1 kiub tomyam Knorr
1 biji tomato ( didadu )
2 helai daun limau purut
4 biji cili api ( potong serong ~ nk pedas bleh tambah lagi )
1-2 batang saderi ~ potong serong
Kubis bunga
1-2 batang saderi ~ potong serong
Kubis bunga
Garam & gula
Limau kasturi - ambil jus
Minyak zaitun utk menumis
CARA NAK BUAT:-
- Panaskan minyak zaitun. Tumis bawang putih, bawang merah, tomato serta serai hingga tomato lembut. Kemudian masukkan sos cili dan sos tomato. Kacau rata.
- Masukkan cili padi, kiub tomyam dan daun limau purut. Kacau dan masak lagi.
- Masukkan udang, kubis bunga, saderi dan tambah sedikit air. Kacau kejap dan bolehlah dimasukkan spaghetti. Gaul biar semua bahan rata. Perasakan dengan bahan garam dan gula. Gaul lagi.
- Ok siap..boleh tutup api..sebelum makan jgn lupa perah jus limau kasturi jika suka..
Selamat Mencuba :-)
2 comments:
Sedap nih..nti copy resepi
official source description Recommended Site important site view it their website
Post a Comment