Friday, March 20, 2015

ASAM PEDAS VERSI MAK MERTUAKU

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^

Menu yang simple2 aje untuk lunch kami semalam..Asam Pedas Versi Mak Mertuaku orang kedah punya hehee..Yana suka sangat asam pedas tak kiralah asam pedas utara ke johor ke melaka ke klate ke my negeri semua suka..Terasa nikmat sangat dapat hirup kuah yang pedas2 masam gitu..


Asam pedas orang utara ni agak cair sedikit..macam klate jugak cuma klate punya warna kuning.. ~~Sekarang ni kalau buat asam pedas wajib letak ubi keledek..ajaran dari mak mertua tersayang..sedap rupanya..terasa manis2 ubi keledek dalam asam pedas..Satu lagi kalau mak mertua yana buat asam pedas beliau letak satu jenis ulam..namanya 'lamje'..1st time yana makan dalam asam pedas mak mertua terus jatuh cinta..sedap jugak ulam tu..rupanya seakan ulam raja tapi buka ulam raja..


Okess..layan je la ekk..Dah kecur air liur tengok pic asam pedas nii..Macam nak buat je lagi hari nii hehee~~ Peace ~~

ASAM PEDAS VERSI MAK MERTUAKU

BAHAN-BAHAN:-

6 - 7 ekor ikan kembung saiz kecil 
2 keping asam keping
1 batang serai ~ dititik
Beberapa tangkai daun kesum
Air secukupnya
Kacang bendi
1 biji ubi keledek oren ~ saiz sederhana
Garam & serbuk perasa

BAHAN TUMBUK/KISAR:-

6 tangkai cili kering ~ dibuang bijinya
5 ulas bawang merah
sedikit belacan

CARA PENYEDIAAN:-

  1. Masukkan bahan tumbuk/kisar, air, asam keping, serai, daun kesum dan ubi keledek ke dalam periuk
  2. Masak dengan api sederhana sehingga mendidih
  3. Perasakan denga garam dan serbuk perasa jika perlu..
  4. Kemudian masukkan kacang bendi dan ikan. Jangan masak terlalu lama supaya ikan tidak hancur.
  5. Ok siap, boleh dihidangkan...
Selamat Mencuba:-)

1 comment:

Mayang ABDUL RAZAK said...

oo letak ubi ekk.. mertua akak pun org kedah... mesti lemak kan letak ubi keledek.. kena try ni.. nengok pun dah rasa terkecur ayaq lioq....