Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^
Dah lama rasanya yana tak masak nasi ayam untuk insan2 tersayang kat rumah nii.. Last buat puasa tahun lepas kot..lama sungguh..Semalam tak tahu nak masak apa terus je fikir nak buat nasi ayam..Kali ni yana try buat nasi ayam resepi kengkawan blogger..spesel sikit resepi nasi ayam ni sebab letak susu full cream dan bay leave~~
Alhamdulillah..sedap sangat nasi ayam nii..dulu selalu buat Nasi Ayam Ipoh resepi Kak Q..sekarang jatuh cinta pulak dengan resepi nii..patutlah ramai kengkawan yang letak nama Nasi Ayam Paling Sedap sebab memang betul2 sedap tau..
NASI AYAM PALING SEDAP
Resepi : Nani Rostam
Sumber cuci mata : Kak Azie
BAHAN-BAHAN LAUK AYAM:-
1 ekor ayam
halia
bawang putih
bawang merah
BAHAN PERAP:-
Sos Tiram
Kicap cair
Kicap manis
Madu
Minyak bijan
CARA PENYEDIAAN:-
- Kisar halia, bawang putih dan bawang merah. Perap ayam dengan bahan kisar selama 30 minit
- Didihkan air di dalam periuk dan masukkan ayam tadi dan perlahankan api sehingga ayam setengah masak.
- Selepas itu angkat ayam tadi dan perapkan dengan bahan perap seketika. Gantungkan ayam sekurang2nya satu jam.
- Goreng ayam secara deep fry atau di dalam periuk yang dalam sehingga minyak menenggelami ayam. Untuk lebih mudah, sangkutkan ayam dengan besi penyangkut di tepi periuk agar mudah mengangkatnya setelah masak
- Setelah ayam masak angkat dan gantung untuk toskan minyak. Potong ayam dan hidang
NOTA :
Ayam jangan dipotong, biarkan seekor. setelah digoreng atau dipanggang barulah dipotong agar ayam masak cantik. Tapi kalau susah untuk menggoreng, bolehlah dipotong 2 atau 4 sahaja
NASI AYAM
Mentega
Bawang merah
bawang putih
halia2 helai daun pandan
1 helai daun salam ( bay leave )
Susu full cream ( yana letak 1/2 cawan )
serbuk ayam
garam
gula
rempah penumis ~ bunga lawang, buah pelaga, kulit kayu manis
sedikit serbuk kunyit ~ yana tambah
CARA PENYEDIAAN:-
- Basuh beras wangi, tos dan letak dalam rice cooker
- Di dalam kuali masukkan mentega, tumis bawang putih, bawang merah dan halia yang telah dikisar tadi bersama rempah penumis. Masukkan juga daun pandan dan daun bay
- Setelah naik bau masukkan separuh daripada air rebusan ayam tadi, susu full cream, garam, serbuk ayam, serbuk kunyit dan gula mengikut rasa.
- Biarkan mendidih dan tutup api. Tuang ke dalam beras tadi. Jika air tidak cukup tambah air biasa dan masak seperti biasa
- Setelah nasi masak, tabur bawang goreng dan daun bawang atau daun sup dan hidang
SAMBAL CILI
5 biji cili padi merah siam ~ yana & kak Azie guna cili merah
5 ulas bawang putih
2 cm halia ~ yana & kak Azie tambah
1 sudu teh cuka
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula
1/2 cawan air rerbusan ayam ~ yana & Kak Azie tambah
CARA PENYEDIAAN:-
- Blend cili padi merah dengan halia dan bawang putih
- Masak di dalam kuali. Masukkan gula, garam dan cuka secukup rasa. Tambah sedikit air rebusan ayam
- Masak dengan api kecil sehingga likat
SAMBAL KICAP
Air kicap hasil perapan ayam tadi dimasak didalam kuali sehingga mendidih. Angkat dan hidang
KUAH SUP
Jeruk kubis
garam
Serbuk ayam
daun bawang ~ tabur
bawang putih goreng ~ tabur
CARA PENYEDIAAN:-
- Separuh air rebusan ayam masak semula dan campurkan jeruk kobis, garam dan serbuk ayam
- Bubuh potongan daun bawang dan bawang putih goreng ketika menghidang
Selamat Mencuba :-)
1 comment:
dapnya nasi ayam yana... meh sepinggan
Post a Comment