Friday, March 13, 2015

AYAM PORTUGIS

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^

Alhamdulillah..dapat jugak update blog..minggu yang penuh kemalasan..malas sungguh nak update blog semenjak dua menjak ni..Hari ni merajinkan diri sikit..Banyak pic tertunggak..karang penuh folder...~~~


Pagi ni layan Ayam Portugis dulu..Resepi yang dah lama simpan baru dapat menerai.. Yana masak sekali dengan Udang Garing Daun Kesum ari tu..Alhamdulillah..sedap jugak Ayam Portugis ni..Sesuai di makan bersama nasi putih..nasi kaler2..cicah dengan roti pun sedap jugak nii..


Terima kasih tuan empunya resepi..Anak2 dan incik lalink suka sangat..InsyaAllah lepas ni harus ada siaran ulangan..lauk sedap kan..Ada kelainan sikit dari segi rasanya..jom semak resepi~~~

AYAM PORTUGIS
Resepi : Siti Latipah Yusop
Sumber cuci mata : Rohana Sulaiman. norlieharumaini & Damai Qalbu

BAHAN-BAHAN:-
1 ekor ayam ~ potong kecil
20 tangkai cili kering *
20 ulas bawang merah*
4 ulas bawang putih*
1 batang serai* (* kisar bersama )
4 sudu besar biji sawi ~ kisar berasingan
1 mangkuk santan ~ yana guna 300 ml santan sederhana pekat
1 biji bawang besar ~ hiris
4 tangkai cili merah ~ hiris ~ yana x letak xde stok
sedikit cuka/ air limau kasturi
4 biji bawang merah ~ hiris
garam
gula ~ optional
Minyak utk menumis

CARA PENYEDIAAN:-
  1. Goreng hirisan bawang merah ( bawang kecil ), masukkan rempah kisar dan tumis hingga naik aroma. Masukkan biji sawi kisar dan masak sebentar. Kemudian masukkan ayam dan santan
  2. Apabila kuah sudah mula mendidih, masukkan cuka, masak hingga kuahnya pekat. 
  3. Masukkan pula hirisan bawang besar dan cili merah. Balik2kan dan angkat.. sedia untuk dihidangkan
Selamat Mencuba :)

4 comments:

cheq da said...

wah berportugis plak..nti nk cuba lepas cuti...yana duk kt lumut yea...belum pernah sampai..ipoh tu selalu la

Kakzakie said...

Ada aje idea Yana tau nak masak. Kakak ni selalu kering idea tu nak masak apa.. Ayam Portugis ini pun good idea juga ni..

Bbwana adienia said...

wah, nampak sedap ayam tu kak..rajin akak masak kan..wana x reti sangat bab masak ni..huhu

tun_telani said...

kak yana cayangg... tun xpenah cuba lg resepi nih.. nnti blh cuba :)