Thursday, March 19, 2015

DONUT MAYONIS

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^

Donut untuk makan petang semalam..Dah lama rasanya yana tak mendonut..Malas bebenor nak main uli2 sekarang nii..Tapi bila tengok kengkawan duk tayang donut yang gebus gebas kat FB harus terguda jua daku maka terbuatlah jugak ~~


Donut Mayonis ni dah banyak kali jugak yana buat..senang bahan2 semua ada kat dapur..Kali ni males nak salut coklat bagai..tabur dengan powder sugar je..Nasib baik anak2 tak bising mintak nak salut coklat..Dia tau kot ibu males hihiii ^__^



DONUT MAYONIS

BAHAN-BAHAN:-

330 gm tepung gandum ~ yana guna tepung high protein
1 1/2 sudu besar mayonis
1 sudu besar susu tepung/skim milk
1 biji telur ( dipukul sedikit menggunakan garfu )
140 ml air suam
1 1/2 sudu besar marjerin
3 sudu besar gula
4 gm yis ( 1 1/2 sudu kecil )
sedikit serbuk gula sebagai salutan pada donut mayo nanti

CARA PENYEDIAAN:-
  1. Buat doh, Kaedah 1 penggunaan Bread Maker ( BM ), masukkan semua bahan dan ikut arahan menguli pada BM masing2 dan tekan Start, tunggu siap di uli dan boleh terus ke langkah no 4 di bawah.
  2. Kaedah 2, jika uli tangan, masukkan semua bahan doh dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Tip untuk dapat doh yang lembut, ambil plastik bersih dan letakkan doh di dalam plastik tu, ramas2 beberapa minit, lebih kurang 5-10 minit. Keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat yang lembut dan elastik.
  3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastik wrap dan biar doh naik 2 kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.
  4. Bahagi doh pada bebola kecil dan rehatkan selama  6 hingga 8 minit, kemudian bentukkan seperti donut, lubangkan tengahnya, biarkan naik dua kali ganda dan goreng sehingga keemasan, gunakan api sederhana, angkat dan salutkan dengan serbuk gula, sedia unuk dihidangkan.
Selamat Mencuba :-)

1 comment:

cheq da said...

Gebulious tgk donut ni...boleh dicuba nti..