Wednesday, March 4, 2015

AYAM BETAWI

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^_^

Ayam Betawi menu 2 hari lepas..Sedap sangat makan dengan nasi panas2..penyek cili api..alahaii layan sungguh lah hehee~~


Resepi yana skodeng kat dapur kak Ayu singapore..Dah lama rasanya Kak Ayu tak update blog..rindu pulak..semoga Kak Ayu sekeluarga berada dalam keadaan sihat2 aje..Jom semak resepinya ~~puan dapur dah takde idea nak tulis apa ~~peace ^_^



AYAM BETAWI
Resepi : Mesra.net
Sumber cuci mata : Kak Ayu

1 ekor ayam
*4 batang serai
*8 cm lengkuas
*3 cm halia
*8 ulas bawang merah
*5 ulas bawamg putih
*3 cm kunyit hidup ~ yana guna serbuk kunyit je
*15 tangkai cili padi ~ yana x kisar..just letak 5 biji
2 sudu teh jintan putih ~ yana letak serbuk jintan putih
2 sudu teh jintan manis ~ yana letak serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk ketumbar ~ yana & k.ayu tambah
1 tin susu cair
4 sudu makan minyak masak
200 ml air
garam

CARA PENYEDIAAN:-
  1. Bersihkan ayam dan potong menjadi 20 ketul. Perapkan dengan bahan2 yang bertanda * yg telah digiling/kisar selama setengah jam. Panaskan minyak dan goreng ayam yang telah diperap tadi
  2. Biar sehingga naik baunya. Kemudian masukkan air. susu cair, jintan manis, jintan putih, ketumbar dan garam secukup rasa.
  3. Tudungkan periuk sehingga ayam tadi masak dan kuahnya pekat. Angkat dan hidangkan..
Selamat mencuba :-)

4 comments:

Mayang ABDUL RAZAK said...

besnyer yana mesti bertambah nasi kannn...

Kakzakie said...

Yana lupa tu nak tanda * pada bahan yg nak kena kisar. Tak apa kakak boleh agak yg mana satu...

Nampak memang sedap tu:)

cheq da said...

Bestnya mkn ayam betawi...kelas

kehidupan sihat said...

resepi yang ada kelainan :)

salam kenal & jemput ke blog nana :)