Sunday, March 22, 2015

VANILLA MUFFIN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^

Vanilla Muffin untuk makan petang 2 3 hari lepas..Kakak Damia mintak nak kek tapi ibu agak kemalasan nak keluarkan mixer bagai..Buat muffin je lah senang..Godek2 dengan whisk je..Kali ni try resepi dari Kak Nina Mirza..Resepi asal letak kismis kat dalam muffin tapi yana takde stok kismis..kosong je lah kat dalam tu..Atas pulak main tabur jee dengan badam cincang + rice kaler2 tu..


VANILLA MUFFIN

BAHAN A
1 biji telur
1/2 cawan minyak sayuran ( Yana & Kak Nina guna minyak jagung)
1 1/4 cawan susu segar
1 sudu kecil esen vanilla

BAHAN B
2 cawan tepung gandum
3 sudu kecil baking powder
1 cawan gula ~ yana 3/4 cawan gula halus
secubit garam

BAHAN C
kismis ~ yana tak letak xde stok

CARA PENYEDIAAN:-

  1. Panaskan oven pada suhu 180 - 190c
  2. Ayak bahan B dan satukan dalam mangkuk
  3. Buatkan lubang di tengah-tengahnya
  4. Dalam mangkuk yang lain masukkan bahan A kacau rata ( masukkan telur pukul rata, masukkan esen vanilla pukul lagi, masukkan minyak pukul rata dan masukkan susu pukul lagi sehingga kesemuanya rata dan sebati, ( Yana & kak Nina guna whisk
  5. Lalu tuangkan bahan A ditengah2 lubang mangkuk berisi tepung tadi
  6. Kacau rata kaup balik TIDAK melebihi 20 kali senduk ajer ( adunan akan nampak berketul2 sedikit - tak mengapa )
  7. Biarkan seketika adunan tadi lebih kurang 5 minit. Kacau bulatan 2 kali
  8. Tuang adunan ke dalam muffin cup 3/4 muffin cup
  9. Letak kismis kat atas dan dalam muffin tadi. ( yg dalam Nina tekan bagi masuk )
  10. Bakar muffin selama 15-20 minit atau hingga kekuningan ( bergantung pada oven masing2 )
Selamat Mencuba :-)


No comments: