Tuesday, March 31, 2015

PENCOK AYAM PANGGANG

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^

Menu lunch wiken yang lalu..Baru ada masa nak jadikan entry..Pencok Ayam Panggang yang sedap sangat hokey..Sesuai dimakan dengan nasi berperisa tapi yana makan dengan nasi putih jee..Takde kerajinan nak masak nasi spesel hihii..takpe lain kali kita buat lagi~~


Ni kes salah baca resepi..patutnya nenas tu tabur je atas ayam bila dah hidang tapi yana terus masak sekali dalam kuah tapi sedap juga..lagi terasa masam manisnya dalam kuah ^__^ Okess..jom semak resepi.. Puan tanah nak berbw kejap..dah lama tak singgah umah kengkawan..~~Peace~~

PENCOK AYAM PANGGANG
Resepi : Noreen


BAHAN-BAHAN:-

6 keping chicken thigh/leg
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk lada sulah
1 sudu besar minyak
1 1/2 cawan santan
segenggan daun basil - diracik halus ~ yana letak dried basil je
1 sudu besar air asam jawa
garam dan gula merah secukupnya
nenas - dipotong kecil ~ yana guna nenas dalam tin ^__^

BAHAN-BAHAN KISAR:-

5 biji cili merah
8 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1cm lengkuas

CARA PENYEDIAAN:-

  • gaulkan ayam dengan garam, serbuk kunyit dan serbuk lada sulah
  • kemudian panggang pada suhu 180C selama 25 min
  • sementara itu panaskan kuali
  • tumiskan bahan2 kisar sehingga naik bau dan garing
  • masukkan santan, air asam jawa, gula merah, garam dan daun basil
  • kacaukan rata dan biarkan reneh selama 15 min
  • kemudian masukkan ayam panggang tadi dan gaulkan rata supaya ayam menyerap kepada kuah
  • keluarkan ayam dan bakar lagi selama 30 min
  • masak kuah sehingga pekat
  • selepas ayam masak bolehlah dituangkan kuah ke atasnya dan ditaburkan dengan nenas

2 comments:

Bbwana adienia said...

Erm..ayam masak apapun sedap kan :)

Kakzakie said...

Resepi yg leceh-leceh ni biasa memang sedap Yana. Kena keluar masuk oven ni yg malas kakak. Tapi tengok yg Yana letak atas pinggan tu menggoda betul:)