Wednesday, April 1, 2015

SIAKAP GORENG PAPRIK

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^

Dah tak ada idea nak masak apa..maka jadilah Siakap Goreng Paprik..Yang ni paprik versi simple2 jee.. Campak2 apa yang ada dalam esbox hehee~~~


SIAKAP GORENG PAPRIK

BAHAN-BAHAN:-

1 ekor ikan siakap ~ dibersihkan dan lumur dgn sedikit garam dan tepung jagung
4 ulas bawang merah ~ ditumbuk
2 ulas bawang putih ~ ditumbuk
1 labu bawang besar ~ dimayang
2 batang serai ~ dititik
2 biji tomato ~ potong 4
3 - 4 biji cili padi ~ diketuk ~ nak pedas tambah lagi
5 sudu besar cili kisar
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
Sedikit kicap manis
Bunga kubis, carrot, jagung muda
Garam, gula dan serbuk perasa jika perlu

CARA PENYEDIAAN:-
  1. Panaskan minyak dan goreng ikan siakap hingga garing. Kemudian angkat dan ketepikan seketika
  2. Dalam kuali lain tumis bawang merah, bawang putih, cili kisar dan cili padi. Kacau.
  3. Kemudian masukkan semua jenis sos dan kicap manis. Kacau kejap. Tambah air jika perlu. Bila dah sedikit mendidih masukkan serai, daun limau purut dan sayur-sayuran. Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa jika perlu. Biarkan seketika hingga mendidih lagi
  4. Last masukkan bawang besar dan buah tomato yang dipotong 4 tadi .Boleh tutup api. Tuangkan kuah atas ikan siakap yang digoreng tadi..Okess siap untuk disantap..
Selamat Mencuba :)

2 comments:

Kakzakie said...

Paprik salah satu favorite keluarga kakak Yana. Tak kiralah ayam ke, daging ke, ikan siakap macam ini semua kami suka:)

Dapat kuah dan sayurannya pun sedap kan..

Bbwana adienia said...

paprik??? erm, sedap..wana suka makan tu kak yana :D