Monday, April 6, 2015

KEK MARBLE TRIO

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^

Alhamdulillah masih bernafas lagi hari ini..syukur dengan nikmatMu Ya Allah...~~Pepagi ni kita layan dulu Kek Marble Trio yang tersangatlah famos amos nih..Orang lain dah bertahun buat..kita baru minggu lepas dapat buat..Resepi dah lama simpan tapi macam biasalah..tunggu seru datang dulu baru ada keinginan nak buat hehee..


Kek Marble ni memang sedap sangat..memang betul seperti yang telah diwar2kan..InsyaAllah raya tahun ni pasti ada kat atas meja..Dah jadi kek pilihan ^__^..Tq CMG share resepinya..Mintak izin yana letak sini pulak yer..senang untuk rujukan nanti...
             


KEK MARBLE TRIO
Resepi ; CMG

300gm mentega ~ yana guna butter anchor unsalted
280gm tepung gandum*
1 camca besar susu tepung*
1 camca teh baking powder* (*digaul rata dan ayak )
5 biji telur A
1 camca besar ovallate
250gm gula halus ~ yana letak 240gm
30gm gliserin* 
20ml air* (*disatukan)
1 1/2 camca teh coklat emulco
1 camca teh strawberry emulco
1/2 camca teh rose essence

CARA PENYEDIAAN:-
  1. Lenser tin berukuran 8 x 8 x 3 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak. Lenser kertas tadi dengan sedikit mentega. Ketepikan
  2. Putar mentega hingga pucat, pada speed sederhana, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, putar rata dan alihkan ke dalam mangkuk lain.
  3. Dalam mixing bowl yang bersih dan kering, masukkan gula halus dan ovallete, putar hingga rata. Masukkan kelima2 biji telur dan putar pada kelajuan tinggi hingga telur kembang dan kental seperti adunan baulu
  4. Perlahankan sedikit speed dan masukkan adunan no.2 sedikit demi sedikit hingga habis. Putar rata dan masukkan bancuhan air+gliserin. Gaul rata.
  5. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. 1 bahagian + coklat emulco, 1 bahagian strawberry emulco dan 1 bahagian + rose essence ( yang ini biarkan plain ). Tuang adunan secara berselang seli dalam tin tadi. Lorekkan dengan hujung pisau atau chopstik, pastikan hujung pisau/chopstik sampai ke dasar adunan
  6. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175c selama 55 minit hingga 1 jam bergantung pada oven masing2. sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidangkan.
CATATAN MAT GEBU ;- Kalau takde gliserin dan air, ganti dengan 50ml susu cair atau whipping cream. Pasal perisa dan pewarna untuk marble tu boleh ikut citarasa masing2. Oven perlu dipanaskan 10 minit sebelum membakar kek

Selamat Mencuba :-)

3 comments:

Kakzakie said...

Cantiklah Yana. Ada org buat dua kaler pun dah cantik.. inikan pula 3 kaler:)

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Salam Yana....apa kabar?Mmg nampak sedap kek nih...ada masa blh try gak.

aji nugraha said...

sedap sekali sampe ngiler liatnya..












Obat Penyakit Ginjal Kronis