Wednesday, September 24, 2014

ROTI LEMBUT GEBU

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^_^

Projek meroti minggu lepas.. 2 3 kali jugak buat..Macam tu lah bila dah mula meroti..hari2 rasa mahu buat tapi masa tak mengizinkan..Kali ni yana cuba resepi lain pulak..best jugak walaupun bahan2nya simple jee..roti tetap gebus gebas ^__^..

Tq pada tuan empunya resepi Anie Japri FB dan kak Mas Duniaku..jom layan pic je laa.. roti dah sold out heheee




ROTI LEMBUT GEBU
Resepi : Anie Japri FB
Sumber cuci mata : Mas Duniaku

BAHAN-BAHAN:-

500gm tepung high protein
250ml air sejuk ~ dari peti
1 biji telur
30gm susu tepung
80gm butter @ majerin
1 sudu kecil
garam
1 paket yis ( 11gm )

CARA PENYEDIAAN:-

  1. Masukkan semua bahan cecair ke dalam bread maker
  2. Masukkan bahan2 kering. Set no 8 untuk dough
  3. Dah siap keluarkan doh dan bentukkan
  4. Biar doh naik sekali lagi ganda. Bakar suhu 160c selama 15 hingga 20 minit ~ masa membakar ikut keadaan suhu oven masing2


Selamat Mencuba :-)

4 comments:

Bbwana adienia said...

wana nak belajar buat roti, bila buat asyik x menjadi..huhu..

Kakzakie said...

Kakak ada juga buat roti hari minggu lepas ni Yana tapi kakak buat inti sardin/kentang.

Yana ni rajin menggubah bentuk rotinya jadi cantik:)

Mas said...

wahhh ...memang gebu gebas..
resepi peberet ni..

Azian Elias said...

salam kenal...


rajin meroti ye.. kalau saya rajin makan je.. hee..