Sunday, September 7, 2014

SUPER MOIST EGGLESS CHOCOLATE CAKE

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^

Sarapan petang untuk anak2 tersayam~~Kek Coklat yang tak pernah jemu di makan..Buat pagi and bagi beliau sejuk kejap dalam esbox..huhuu best layan kek ni sejuk2~~

Resepi kek tanpa telur Kak DJ ni memang selalu jadi pilihan yana kalau damia request nak makan kek coklat..senang dan sedapp..kek ni memang antara kek yang terfemes dikalangan blogger masa dulu..Jom semak resepinya ^__^


SUPER MOIST EGGLESS CHOCOLATE CAKE

BAHAN-BAHAN:-

2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 cawan serbuk koko
4 sudu besar susu tepung
2 1/2 cawan air sejuk ( dari peti ais )
2 cawan gula perang
2 sudu kecil esen vanila
1 sudu kecil coffee emulco @ chocolate emulco ~ optional
1/4 sudu kecil garam halus
1 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung atau mentega cair
2 sudu kecil cuka @ jus lemon

CARA PENYEDIAAN:-
  1. Panaskan oven pada suhu 160 - 170c. Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega. Jika ingin menggunakan paper cup boleh juga.
  2. Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar. Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata2.
  3. Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanila dan coffee/chocolate emulco. Kacau perlahan2 dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.
  4. Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati tetapi jangan terlalu lama.
  5. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 45 minit atau hingga cukup masak. ( suhu bergantung pada jenis oven masing2. Sila adjust sendiri ye )
  6. Sejukkan kek setelah masak. Boleh juga dihiaskan dengan topping kegemaran
Selamat Mencuba :-)

No comments: