Tuesday, September 30, 2014

RASSAM TELUR ALA INDIA

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^

Pertama kali rasa Rassam Telur Ala India..alahaii sedap la pulak..kena dengan selera ambo yang sedang dilanda demam selsema ^__^..Rassam ni memang femes kat penang..Menurut puan empunya resepi, selain telur boleh jugak buat dengan ikan talang masin..InsyaAllah..lepas ni kita cuba versi ikan talang masin pulak..

Tq Ct share resepinya..dah banyak kali ct duk tayang kat FB terliur jugak kita nak merasanya..kengkawan lain pun dah ramai yang menerai..sedapp hirup panas2..Jom semak resepi yang simple je niii~~




RASSAM TELUR ALA INDIA
Resepi : Ct Zaliedana

BAHAN-BAHAN:-

2 biji telur ~ boleh juga guna ikan talang masin

BAHAN DIKISAR ( CT guna blender kering, klu rajin nak tumbuk lagi lah ok ~ yana tumbuk )

1 sudu teh jintan putih biji
1/2 sudu teh lada hitam biji
2 ulas bawang putih
4 biji bawang merah
2 @ 3 tangkai cili kering ~ dipotong 1 inci
1/2 sudu besar pati asam jawa @ secukup rasa, mmg kena ada rasa masam2 sikit
1/2 kiub pati ayam
Air secukupnya ( klu nak lebih  kuah letak lebih )
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Serbuk kunyit ( optional utk nmpk warna cantik sikit )
Daun kari secukupnya

* Boleh juga tambah cilipadi klu suka, tapi yang ori org india mmg tak letak cili padi

CARA PENYEDIAAN:-
  1. Tumis bahan kisar dengan sedikit minyak, masukkan daun kari juga. Tumis hingga pecah minyak dan naik bau.
  2. Masukkan semua bahan kecuali telur. Bila kuah dah mendidih pecahkan telur sebiji2 ke dalam kuah.
  3. Biarkan sehingga telur masak dan kuning telur keras. seimbangkan rasa
  4. Boleh tutup api. Sesuai dihidangkan dengan nasi putih, ikan masin dan papadom

Selamat Mencuba :-)

3 comments:

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

akak pun suka rassam ni.. masam2 mmg sesuai utk org kurang selera ni..

Kakzakie said...

Oooh... macam ini dipanggil rasam. Kakak ingatkan ada rempah khas dipanggil rasam utk membuatnya hihi... jakun betul kakak ni kan.

Tak apa Yana lain kali kakak pulak cuba:)

zana fahmi said...

Nak buat la, suka sgt rassam. Dulu mak selalu masak..