Thursday, September 25, 2014

POTATO FRITTERS ( CUCUR KENTANG )

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^

Dah sarapan ke belum? Meh join yana krupp krapp kruupp kruppp sambil menghirup kopi panas di pagi yang sejuk syahdu nihh ^__^~~ Potato Fritters atau melayunya Cucur Kentang yang sedang hangat di alam maya..sana sini kengkawan duk tayang kat FB..Hari2 tengok orang tayang haruslah kita terliur kan..teringin juga nak merasa kerangupannya itu..

Yana buat versi simple je..lain kali boleh tambah cili merah kee carrot kee udang kecik kee..lagi sedapp rasa cucur nii..Tq pada tuan empunya resepi asal..Mintak izin yana share kat sini pulak yer.. senang untuk rujukan nanti~~




POTATO FRITTERS
RESEPI : NORAIDA DURANI FB

BAHAN-BAHAN:-

3 biji kentang ( sagat halus ) ~ sagat kasar pun bleh
4 sudu besar tepung jagung
3 sudu besar tepung gandum
1 biji telur
Daun bawang/daun sup
Serbuk lada sulah
Garam dan sedikit gula
Minyak untuk menggoreng

CARA PENYEDIAAN:-
  1. Satukan kentang yang telah disagat dengan tepung jagung, tepung gandum, daun bawang, telur, serbuk lada sulah, garam dan sedikit gula. Gaul sebati
  2. Panaskan minyak dan sudukan adunan. Goreng agak2 leper dan balik2kan. Tunggu sampai masak. Boleh diangkat dan siap..makan cicah sos thai sedapp ^__^

Selamat Mencuba :-)

3 comments:

Kakzakie said...

Kakak suka resepi macam ini Yana. Senang & cepat nak buat. Boleh jadikan bekal utk anak kakak ke sekolah. Kadang buntu nak buat apa utk bekal ke sekolah..

mama sara nur said...

Assalam
Menariklah kena try jg ni hehee

Ayu said...

Assalam yana,
memang tengah hot kebaboom,
cucur kentang ni..mana2 dapur maya dah mula mencuba..akak pun nak cuba juga nanti..hehe