Monday, September 29, 2014

IKAN GERUT-GERUT MASAK SAMBAL BEREMPAH

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^

Bersua lagi kita di minggu baru..Macam biasa yer puan tanah tak boleh nak bebel banyak2..terus je pada resepi hari ini..Menu Ikan Gerut-Gerut Masak Sambal Berempah hidangan lunch kami semalam..1st time merasa ikan gerut-gerut..Boleh tahan jugak harga ikan nii ekkss..sederhana besar je nii dah rm9.50 seekor~~

TQ Kak Amie cayang share resepinya..memang sedapp..anak2 yana makan jugak walaupun pedas..Resepi ni spesel sikit sebab letak buah kurma yang dikisar dan juga serbuk kari ikan..Yana punye versi buat kuah lebih sebab nak cicah dengan roti..alahaii sedappnyaa..Nak tahu macam mana rasanya..bolehlah godek2 sendiri kat dapur yer hehee~~peace~~






IKAN GERUT-GERUT MASAK SAMBAL BEREMPAH

BAHAN-BAHAN:-

1 ekor ikan gerut gerut saiz besar ~ bersihkan dan potong 2
1 sudu teh serbuk kunyit
1/2 sudu teh pati asam jawa
1 sudu makan serbuk kari ikan
garam/perasa pilihan
minyak
100ml air

BAHAN KISAR HALUS
10 biji cili kering
5 biji cili merah
7 biji kurma ~ buang biji
2 sudu makan udang kering ~ rendam
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
1 cm halia

CARA PENYEDIAAN:-
  1. Lumurkan ikan gerut-gerut dengan garam dan serbuk kunyit. Goreng hingga garing dan ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak. Tumis kesemua bahan kisar hingga pecah minyak.
  3. Perlahankan api dan masukkan rempah kari.
  4. Jika sambal terlalu kering, tambahkan air dan biarkan mendidih.
  5. Masukkan ikan gerut-gerut goreng dan gaul rata.
  6. Tambah sedikit garam/perasa pilihan
  7. Ikan gerut-gerut Masak Sambal Berempah sedia untuk dihidangkan.

Selamat Mencuba :-)

4 comments:

Bbwana adienia said...

nampak menyelerakan sambal tu..mesti sedap ni makan dengan nasi panas..^_^

Kakzakie said...

Wow! Yana ni betullah buat kakak macam nak ikut buat juga. Tapi kakak tak tahulah ikan gerut-gerut tu macam mana. Ala... ikan lain pun tak apa kan..

Tihara said...

ikan gerut2 memang sedap dibuat kari :)

Azlinda Azman said...

nak masak hari ini