Tuesday, September 23, 2014

BINGKA DURIAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^

Alhamdulillah..syukur Ya Allah masih diberi peluang untuk bernafas hari ini..Hampir 2 minggu puan tanah bercuti..maaf sangat2 yer para pengunjung DCK..dah lama duk jamu mata dengan muffin yang sudah kehabisan itu~~

Okess, kembali kepada resepi..Kuih Bingka Durian yang sangat sedap kat tekak yana ^__^.. Penggemar durian harus cuba kuih bingka ni tau..memang sedap..satu rumah bau durian sewaktu proses pembakaran berlaku..Tq Along Roz share resepinya..jom layan ~~



BINGKA DURIAN

BAHAN-BAHAN:-

4 biji telur
350gm gula pasir
350gm tepung gandum
350gm isi durian
2 sudu besar tepung beras
400ml santan kotak
300ml air
2 sudu besar mentega cair
1/2 sudu kecil garam
Pewarna kuning

CARA PENYEDIAAN:-

  1. Masukkan kesemua bahan2 ke dalam food processor/blender sehingga sebati
  2. Tuangkan ke dalam tin yang di lapik kertas aluminium & diminyakkan
  3. Bakar 180c selama 1 jam atau sehingga masak & garing permukaannya
  4. Sejukkan sebelum dipotong

Selamat Mencuba :-)

5 comments:

EmbunRosaliza said...

Assalam yana, sedap nmpk bingka durian tu, lembut je tu, yana sihat lama akk tak bw huhuhu rindu.

Bbwana adienia said...

Nampak comel bila buat kecik2 macam tu..bingka durian semestinya sedap

Kakzakie said...

Yana ni kan kalau tunjuk gambar makanan memang pandai itu yg buat kakak bila baca resepi 2-3 kali macam nak buat sama macam yg Yana buat. Tapi itulah buatnya tak juga..

Ayu said...

Assalam Yana,
wah anak2 cuti sekolah..pasti pergi coti coti malaysia kan ni..hehehe..
itu yang blog pun coti juga ya..hehe
akak memang suka makan bingka..tapi kalau letak durian ..akak tak sentuh pun...sebab akak only can makan durian fresh aje..sabor ajelah kan..huhu

Syira Shahar said...

Specialnya tgk bingka ni .. Sedap tu sis yana =)