Saturday, September 6, 2014

AYAM GORENG BEREMPAH SEDAP

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^

Lama betul puan tanah bercuti kan..ada yang mencari tak hehee..Puan tanah tidak ke mana..cuma virus M melanda minggu lepas..alahaii malasnya nak hupdate blog kalau intenet slow..seksa nak menunggu beliau loading..Pagi ni intenet ok sikit walaupun takde lah laju sangat..Bolehlah menahan sabar sikit2 untuk menyiapkan satu entry nii ~~

Ayam goreng berempah dimakan bersama Nasi Lemak Pandan hari tu..kalau dah namanya ayam berempah haruslah sedap kan hihii..tq Kak Nadz share resepinya..Dah banyak kali yana buat ayam goreng berempah nii..suka sangat..sedappp..Mintak izin yana share kat sini pulak ye kak..senang untuk rujukan nanti~~^_^


AYAM GORENG BEREMPAH SEDAP
Resepi : Kak Nadz @ COSK

BAHAN-BAHAN:-

1/2 ekor ayam
*2 sudu besar biji ketumbar
*1 sudu teh jintan manis
*1 sudu teh jintan putih
(bahan bertanda * di tumbuk atau dimesin kering halus)

#6 biji bawang merah
#2 ulas bawang putih
#2 inci halia
#2 inci lengkuas
#2 inci kunyit hidup(ganti serbuk kunyit pun ok)
#2 batang serai
(bahan bertanda # ditumbuk atau diikisar kasar. Kalau halus tak sedap)

1-2 sudu besar serbuk kari daging
Sedikit serbuk cili atau cili kisar(optional)
Garam secukup rasa
Beberapa helai daun limau purut-diracik halus
Minyak untuk menggoreng

CARA PENYEDIAAN:-

1.  Basuh ayam dan potong kecil. Toskan.
2.  Masukkan ayam dan semua bahan kisar halus dan kasar beserta bahan-bahan yang lain ke dalam mangkuk besar. Gaul biar rata dan rempah ratus menyaluti ayam.
3.  Perap dulu dalam 1 jam sebelum digoreng. Perap lama sikit lagi best.
4.  Goreng dalam minyak penuh dengan api sederhana.
5. Angkat dan toskan. Angkat sekali rempah-rempah yang jatuh ke dasar kuali semasa menggoreng. Rempah ni yang best oooo.. Kalau tak angkat terus nanti rempah-rempah tu hangit dan pahit. Then teruskan menggoreng hingga habis.
6.  Bolehlah dihidangkan ketika panas-panas.


Selamat Mencuba :-)

2 comments:

Amie said...

Mmmmmm.... dapat dibayangkan betapa lazatnya, nasi lemak aroma pandan bertemu ayam goreng berempak.... semerbak!

Bbwana adienia said...

tertelan air liur wana tengok ayam goreng tu..huhu..