Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^
Dessert berbuka puasa semalam..Puding Roti Karamel..projek menghabis roti yang hampir expired hehee..Nak buat kuih lain males..buat puding karamel je lah..paling senang..blend je lepas tu tuang dalam satu bekas..kukus dan siap ^__^
Tq pada Kak Rosaliza share resepi nii..mintak izin yana letak sini pulak yer kak~~~
PUDING ROTI KARAMEL
resepi asal : rosaliza@embunkasih
Bahan-bahan
3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
4 keping roti gardenia
3 biji telur A @ 4 biji gred B - di pukul manja dan di tapis
2 cawan air suam @ (1cwn susu cair+1cwn air suam)
1/2 cawan susu pekat - resepi asal 1 cawan
esen vanilla (1sk)
CARA PENYEDIAAN :-
- Cara membuat gula hangus, masukkan gula ke dalam kuali, masak hingga gula jadi perang ( guna api takut hangit ). Kemudian masukkan 1 sudu besar air ( berhati2 gula panas). Kacau hingga sebati dan matikan api. Tuang terus dalam loyang. Ketepikan. ~ Yana buat gula hangus dalam loyang
- Panaskan pengukus, Carik2kan roti kemudian blender bersama air suam dan susu .
- Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanila. Blend sekejap agar sebati. Tuang adunan tadi ke dalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak. ( 40 minit - 1 jam ) Kak Hana & yana kukus 30 minit je )
Selamat Mencuba :-)
2 comments:
Salam kak yana cayanggg~~ wahhh... ni laa dessert yg tun nak buat esok, ada kawan2 hubby nk dtg lunch kt umah :)
zzzzz2018.8.15
louboutin shoes
coach outlet online
nike blazer pas cher
nike shoes
nhl jerseys
polo lacoste
canada goose jackets
christian louboutin sale
nike shoes
ralph lauren uk
Post a Comment