Friday, February 7, 2014

KEK MINYAK ~ I'M BACK ^________^

Assalamualaikum dan salam Jumaat penghulu segala hari ^_^

Alhamdulillah dipertemukan lagi kt di dunia maya..mula2 nak sapu habuk2..sawang2 yg dh memenuhi segenap ruang blog kesayanganku ini al-maklum je laa kan..dh lebih 6 bulan blog ni kesunyian kesepian tidak dipedulikan..puan tanah begitu sibuk menguruskan hal2 duniawi yg tak pernah kehabisan maka blog pun terabai ;)

Tak nak bebel panjang lebar ~ sbb takde idea ~ moh kt layan dulu resepi Kek Minyak yg tgh hot skg nih..rata2 kengkawan blogger dh cuba..mmg sedap dan mudah je nk menyediakannya..dh 2 kali yana buat..terima kasih pada tuan resepi ~


KEK MINYAK
Sumber cuci mata : Lina Pg

BAHAN-BAHAN:- 
5 biji telur
3/4 cawan gula halus ( Lina Pg & yana gna 1/2 cawan gula kastor )
2 cawan tepung gandum
1 sk baking powder
1 cawan susu pekat (Lina Pg & Yana guna 3/4 cawan )
1 sudu besar ovallate
1 cawan minyak masak
perasa nenas/pisang/ape2 ikut suka/pewarna
1 sudu kecil esen vanila

CARA PENYEDIAAN:-

  1. Panaskan oven suhu 170c
  2. ayak tepung gandum bersama baking powder. Ketepikan.
  3. Lenser loyang kek dgn mentega. Alaskan dengan baking paper.
  4. Pukul telur bersama gula dan ovallate hingga kembang.
  5. Masukkan susu pekat dan esen vanila. pukul lagi sekejap.
  6. Masukkan minyak masak dan perasa sambil dipukul lagi tapi hanya sekadar untuk adunan bergaul rata.
  7. Akhir sekali masukkan gandum. Gaul rata. Selepas itu, bahagikan adunan kepada 3 warna.
  8. Tuangkan ke dalam loyang, marble ikut kreativiti.
  9. Bakar hingga masak. Suhu bergantung kpd oven masing2. ( Lina Pg & yana bakar suhu 165c selama 50 minit api atas bawah )
  10. Biar kek sejuk baru dipotong dan dihidangkan
Selamat Mencuba

3 comments:

cheq da said...

Cantik colour kek ni..ni yg tak sabar nk mencuba ni

mayangbakingmadness said...

mmg suka kek minyak ni .. moist aje sedap aje lalu kat tekak ni...

LiNa_Pg said...

Cantik kejadian kek minyak ni. Terima kasih sudi bg credit link kat blog LiNa Pg