Sunday, February 9, 2014

WANTAN GORENG INTI PISANG & COKLAT

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^___^

Resepi yang sangatlah simple tapi sungguh yummy kat tekak kami sekeluarga..Tq pada Giada bg idea nk abiskan kulit wantan yg dh lama bertapa dlm peti ais..Biasa wantan yana bt inti ayam tp bila tgk giada buat ari tu terus nak cuba..sebelum ni tak terfikir pun nak buatt inti macam ni hehee..Yana minat sgt Giada..alaa chef yang cun melecun kat Food Network Channel tuh..ari2 tgk dia msk ^_^ 

Okess, back 2 menu..inti boleh je nak tukar..yana pnh buat inti epal hijau + nutella..sedapp jgkk..lepas satu2 krukk krakk krukk krakk masuk mulut ^_^


BAHAN -BAHAN:-

16 keping kulit wantan
1 biji pisang ~ didadu kecil
1/4 cawan gula perang
1/3 cawan walnut ~ dicincang halus
1 biji telur ~ dipukul sikit
1/3 cawan nutella @ mentega kacang berkrim
Minyak untuk menggoreng

CARA PENYEDIAAN:-
  1. Dalam mangkuk masukkan pisang yang didadu, gula perang dan walnut. Gaul biar semua mesra.
  2. Ambil sekeping kulit wantan. Letakkan 1 sudu kecil nutella ditengah kulit wantan kemudian letakkan 1 - 2 sudu kecil campuran pisang tadi. Kemudian sapu telur disekeliling tepi kulit wantan.
  3. Lipat biar kemas. Tekan tepi kuat2 untuk elakkan dari terbuka. buat sampai habis. kemudian sejukkan dalam peti selama 15 minit.
  4. Keluarkan dari peti dan goreng wantan tersebut hingga nampak keemasan. Dalam 1 minit je..angkat dan boleh hidang..tunggu suam2 dulu baru bleh makan tau ^__^

Selamat Mencuba :-)

6 comments:

Amie said...

Wah! Special inti wantannya ye Yana... mesti sedap ni.

Cheq Sue said...

cheq sue pun gitu la yana, jarang nak beli kulit wantan sebab lambat benar nak abesnya... nanti kalau beli boleh cuba macam ni plk

Bbwana adienia said...

salam..

wah, satu idea yang baik dan menarik..sedap ni makan apalagi ada coklat..

Yana Shaiful said...

@Kak Amie ~ mst la sedap kak amie sbb ada coklat kegemaran rmai hihii

Yana Shaiful said...

@Cheq Sue~ haah..klu beli mst lmbt nk abis..bt savouri cani cpt plak abisnya..nnt cuba lah cheq sue ;-)

Yana Shaiful said...

@Bbwana adienia ~ sedapp.. penggemar coklat hrus cuba bt hehee :)