Friday, February 28, 2014

CREAM PUFF & CUSTARD FILLING

Assalamualaikum dan salam sejahtera ^__^

Jumaat terakhir di bulan februari 2014..Sekejap je masa berlalu kan..rasa baru je kita sambut tahun baru..rupanya dah nak masuk bulan ke 3 tahun nii~~Semoga kita semua sentiasa diberkati Allah SWT..

Okess..kembali pada cerita cream puff..tahun lepas ramai kengkawan blogger yang bt cream puff termasuk gak yana..1st time bt xmenjadi..2nd plak x begitu lawa seprti yg dikehendaki..kali ke3 baru jadi ^__^..tgk tu..xputus asa kan :-P ..Resepi yana skodeng kat blog Tun Telani..Tq yer Tun share resepi nii..tq jua pada tuan empunya resepi..mintak izin yana letak sini pulak yer utk rujukan masa hadapan..harus bt lagi lagi dan lagi ^__^



CREAM PUFF
Resepi : Zaliana @ MyR
Sumber cuci mata : Tun Telani

BAHAN-BAHAN:-

125 gm self raising flour @ tepung gandum + 2 sudu teh baking powder
100 gm butter
250 ml air
1/2 sudu teh gula
3 biji telur

CARA PENYEDIAAN:-
  1. Panaskan air, gula dan butter dalam periuk sampai mendidih. Masukkan tepung, kacau hingga adunan tak melekat pada periuk. Sejukkan.~ lepas didih yana & Tun guna api paling perlahan dan masukkan tepung.
  2. Pukul telur satu persatu ke dalam adunan dgn mixer.
  3. Masukkan adunan ke dalam piping bag. Pipe menggunakan nozzle bentuk bintang.
  4. Spray air ke atas doh untuk membantu adunan naik. Bakar dalam oven hingga permukaan puff kecoklatan lebih kurang 30 minit. Oven hendaklah dipanaskan dulu. bakar dalam suhu 220c. Suhu yang panas membantu puff naik dgn sempurna. Pastikan puff telah benar2 masak sebelum dikeluarkab dari oven. Ia kelihatan ringan, bahagian bawahnya tidak melekat di dulang dan telah berwarna kuning kecoklatan sedikit. Jika dikeluarkan sebelum cukup masak, puff akan turun dan tidak berongga di dalamnya. ~ Yana & Tun guna suhu 200c je


CUSTARD FILLING
Sumber : Tun Telani

BAHAN-BAHAN:-

2 camca besar tepung kastard
2 camca besar gula kastor
1 1/3 cawan susu segar
30 gram mentega ( kurang lebih 2 camca teh )
2 camca teh esen vanila

CARA PENYEDIAAN:-

  1. Satukan semua bahan untuk kastard kecuali mentega dan esen vanila
  2. Kacau rata dengan whisk dan masak dengan api perlahan sambil terus dikacau hingga pekat
  3. Padam api tambah mentega dan esen vanila, kacau rata dan biar sejuk. ketepikan
Selamat Mencuba :-)

3 comments:

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

salam yana...
sedap pagi2 pekena creampuff... nampak kastard tu yg buat terliur... mggu dpn org order creampuff.. blhla buat lebih utk mkn sekali... hihi...

Sweet red cherry said...

wah, bestnya makan cream puff pagi2..sedap tu..

Kakzakie Purvit said...

Kakak suka makan masa hangat-hangat mesti best... lembut dan gebu:)