Friday, February 28, 2014

MEE RACUN untuk tetamu ^___^

Assalamualaikum dan selamat hari Jumaat ^_^

Alhamdulillah dapat bersua lagi..Mee Racun?!! sape pernah makan sila angkat sudu :-P..Dah banyak kali yana bt mee racun resepi Che Iza ni..suka sangat..hope suatu hari nanti dapat makan yg ori punyer kat Batu Pahat..InsyaAllah..

Mee Racun ni yana buat spesel utk tetamu spesel..BFF request nak makan..dia xpernah rasa mee racun so, sebagai sahabat sejati haruslah ditunaikan permintaannya itu..nak buat pun xsusah..okess..kita layan pic je laa ekk..semua dah abis..nak rasa sila buat sendiri ^_^


MEE RACUN
Resepi : Che Iza

BAHAN-BAHAN:-
600 gm mee kuning~ yana guna mee kering cintan
1/2 kg tulang kambing ~ yana guna ayam je
1/2 inci halia ditumbuk
beberapa ekor udang, boleh tambah ayam ker sotong ker
3 - 4 biji bawang merah ~ dikisar
2 - 3 ulas bawang putih ~ dikisar
4 sb cili boh
5 sb sos tomato
4 sb sos cili
1 sb gula
1 kiub ayam
2 kelopak kobis ~ nak letak sawi pun boleh
sebiji tomato ~ potong 6
sedikit garam
sedikit serbuk lada sulah

CARA NAK BUAT:-
  1.  Rebus tulang kambing dengan halia hingga empuk.
  2. Dalam kuali, tumis bahan kisar hingga kekuningan dan naik bau.
  3. Masukkan cili boh, tumis hingga garing.
  4. Masukkan air rebusan tulang kambing, masukkan sos tomato dan sos cili, biar mendidih.
  5.  Masukkan udang, tulang kambing, gula, garam secukup rasa, kiub ayam dan serbuk lada sulah. Masak hingga kuah agak pekat masukkan kobis dan tomato.
  6. Masukkan mee..tapi den celur jer mee..kuah tuang kemudian..
  7. Sedia di hidang..tabur daun bawang dan bawang goreng.

Selamat Mencuba :-)

2 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum nmpk sedap...yumyum

Sweet red cherry said...

wah..nampak sedap dan menarik tu..kalau dekat mau juga saya try makan masakan awak tu..huhu