Thursday, December 29, 2011

AYAM MASAK KICAP BEREMPAH MAMAK PENANG

Assalamualaikum semua..sory yer malam ni yana xleh nak bebel panjang..kejap je curi masa nak update resepi kami hari nii..Ayam Masak Kicap Berempah Mamak Penang..Resepi ni Yana tergoda kat umah Kak MaDiHaA semalam..Kat umah ni mmg feveret sgt klu masak ala2 mamak gitew ^_^

Tq pada tuan empunya resepi Mamak Haji dan juga Kak Wattie yg sudi share resepi nii..mungkin yana terlepas pandang kot entry resepi ni kat umah Kak Wattie sebelum nii..Tq jugak pada Kak MaDiHaA coz berjaya goda yana untuk mencubanyaa..sebelum tu Kak Ayu S'pore pun dh mencubanya..mmg maveles resepi nii..rasa mcm mkn kat kedai mamak jer ^_^.. jom je lah kita semak resepinya sambil intai pic yg x begitu menggoda tuu ^__^


AYAM MASAK KICAP BEREMPAH MAMAK PENANG
Resepi : Mamak Haji


1 ekor ayam (1.7kg – 1.6kg) dipotong 16 . Masukan serbuk kunyit 1 tsp dan garam 1 tsp. Gaulkan rata dan goreng sehingga separuh masak. Kalau gunakan ayam kampung tidak perlu digoreng kerana isi ayam kampung berkeadaan kental.
3 Biji bawang besar (dikisar halus). Kisaran 1:1 dengan air. Jangan terlalu cair. Tujuan bawang merah ialah untuk mendapatkan kuah. Sekiranya anda tidak mahu kuah anda boleh kurang jumlah bawang merah. Kegunaan bawang merah dalam masakan  resipi nasi kandar adalah unik.  Air bawang digunakan sebagai kuah. Dengan sebab inilah kuah lauk nasi kandar pekat likat.
Pes Bawang Putih dan Halia. Harap anda telah mahir dalam penyediaan pes bawang putih dan Halia ini. Untuk masakan ini,  satu biji bawang putih dan 3 inci halia sudah memadai. Sekiranya anda telah sedia ada pes ini gunakan 2 tsp.
1 tsp serbuk lada hitam.
3 sudu besar kicap pekat. (kicap ini ada beberapa jenis seperti kicap cair, kicap manis lemak, kicap pekat mee dan juga kicap pekat karamel. Anda gunakan kicap Mee Yakin. Ia punyai rasa dan kemasinan yang moderate). Kehitaman masakan terpulang pada cita rasa anda. Kalu boleh kurang garam dalam masakan kerana ia akan memekatkan perederan darah dalam tubuh badan dan membantu kolestrol terbentuk.
1 sudu besar sos tiram.
1 sudu besar sos cili.
1 tsp air limau nipis.
1 tsp Jintan manis.
1 tsp Jintan Putih.
1/2 serbuk kas-kas ( dikecualikan).
1 sudu besar serbuk cili ( boleh kurangkan mengikut kepedasan anda ingin).
2 sudu besar rempah kari Daging.
3 kuntum bunga lawang, 1 inci kulit kayu manis, buah pelaga 3.
2 batang serai yang telah di ketuk.
Garam , Gula secukup rasa.
Cara membuatnya:
1. Panaskan minyak, masukkan kedalam minyak 2 batang serai, tumiskan bunga lawang, kayu manis danbuah pelaga. Apabila naik bau rempah masukkan pes bawang putih halia sehingga baunya naik. Segera masukan kisaran bawang merah sehingga baunya naik.
2. Masukan semua bahan-bahan  seperti di atas  dan biarkan kuahnya didih. Masukan ayam yang telah goreng separuh masak. Kecilkan api dan biarkan selama 10 minit – 15 minit di masak. Biasanya daging ayam yang telah masak boleh tentukan dengan bahagian peha ayam daging urat mula gelembong dan cuba putus dari tulangnya.
3. Rasa kemasinan. Kerana kicap dan sos tiram yang digunakan biasanya memepunyai kemasinan yang berlainan. Maka sukatan garam tidak dapat diberi dengan tepat. Sikiranya kurang masin tambahkan garam. Kalau anda terasa masin anda boleh gunakan gula atau serbuk perasa untuk mengurangkan kemasinan.
4. Tutup api dan masukan perahan air limau 1 tsp . Taburkan bawang goreng. Hidangan telah sedia. Kanak-kanak dalam bulan puasa ini amat gemarkan resepi ini. Untuk kanak-kanak pastikan minyak dan kepedasan perlu dikurangkan.
5. Apabila hidangkan gunakan tiga warna seperti warna oren – karot. Warna hijau – celery atau pun daun sup dan daun bawang/ daun pudina. merah – Cili Merah. Unggu – Hirisan bawang bulat. Selamat mencuba. * tsp – sudu teh dan sudu besar – table spoon.



Dibawah ini resepi yang Kak MaDiHaA ringkaskan utk memudahkan puan2 semasa memasak ( Yana ikut cara Kak MaDiHaA ^_^ )

BAHAN-BAHAN:-

1 ekor ayam ( 1.7 kg-1.6 kg) dipotong 16
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil garam
1 tsp serbuk lada hitam ( yg ditumbuk sendiri )
3 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
1 tsp air limau nipis
1 tsp jintan manis
1 tsp jintan putih
1/2 sudu besar serbuk kas-kas ( optional )~ Ayu xletak ( MaDiHaA ltk sbb ada stok - yana xltk )
1 sudu besar serbuk cili ( boleh kurangkan mengikut kepedasan anda ingin ) MaDiHaA jdkan pes
2 sudu besar serbuk kari daging ( MaDiHaA jdkan pes )
3 kuntum bunga lawang ( Ayu gunakan 1 jer - MaDiHaA guna 2 )
1 inci kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
2 batang serai yg telah diketuk
Garam, Gula secukup rasa
1 cawan air ( yg ni MaDiHaA tambah - yana tambah juga )

BAHAN KISAR:-

3 biji bawang besar
3 inci halia
1 ulas bawang putih

CARA MENYEDIAKANNYA :-

  1. Gaul rata ayam bersama serbuk kunyit & garam. Goreng ayam 3 suku masak & ketepikan dahulu. Panaskan minyak dlm kuali yg lain, tumiskan serai, bunga lawang, kayu manis dan buah pelaga. apabila sudah bau, masukkan bahan kisar & tumis hingga harum dan naik minyak. Masukkan pes cili dan serbuk kari daging & masak lagi hingga wangi.
  2. Masukkan semua bahan-bahan yg lain di atas dan biarkan kuahnya mendidih. Masukkan ayam yg telah digoreng. Kecilkan api dan biarkan selama 10-15 minit dimasak. MADiHaA tambah 1 cawan air. Masak hingga agak kering & rasa kemasinannya & bolehlah tambah garam JIKA PERLU.
  3. Tutup api dan masukkan perahan limau 1 tsp. Tabur bawang goreng. Hidangan telah sedia.
Selamat Mencuba :=)

8 comments:

Liza said...

salam yana...family akak suka resepi2 cmni...akak salin dulu yer...nmpak best ayam tu...thnx yer..

tun_telani said...

salam kak yana ^^ wahhh.. masakan mamak mmg tun jarang cuba masak.. boleh la nnti try kot2 kene ngan selera enchik hasben tun nih.

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

salam yana..
tergoda jugak ye..? hehe.. mekasih sudi mencuba yer.. akak pun suka gak layan masakan mamak2 style ni.. mmg sedap kan.. mekasih pada mamak haji sbb share resepi yg best ni..

rahel said...

waduh..sungguh menyelerakan..ni boleh bertambah-tambah nasi kat pinggan..sedap menggamit selera..

Eda Amisha said...

TAK BOLEH TAHAN .... TAK BOLEH TAHAN ... LAPARRRRRRR

Sue @ Nenie said...

Salam Kak Yana..emmmmm sedap sungguh lauk ngan kuah2 pekat gini kalau makan ngan nasi panas sure boleh bertambah2 ni

Amie said...

Assalam Yana,
ramai yang dah cba resepi ini ye... Amie juga yang belum, sampai masa nanti nak buat jugalah... tengok pun macam sedap sangat!

mummy said...

salam yana ni mesti sedap, kicap berempah mamak penang ni mummy nak cuba lah
Thanks yana