Friday, May 17, 2013

AYAM UNGKEP

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^

~ Ayam Ungkep gandingan bersama Nasi Lemon ^__^ Yana suka sangat Ayam Ungkep..ada beberapa versi yang dah dicuba..semua sedap..Resepi Ayam Ungkep kali ni yana amek kat dapur Kak MaDiHaA..Resepi asal dari Dana..Nampak je Ayam Ungkep nih terus msk list nak mencubanya..Tq yer Kak kerna berjaya goda yana utk mencubanya hihii..

Tq juga pada Dana sudi share resepi dari ibunya ini..memang puas hati ^^ Ekceli yana belum sempat lagi nak bersuai kenal dgn Dana..InsyaAllah lepas nii akan terjalin pula persahabatan dgn beliau ^^


AYAM UNGKEP
Resepi : Norhidana
Sumber cuci mata: Kak MaDiHaA

BAHAN-BAHAN:-

500 gm / 1/2 ekor ayam saiz kecil/sederhana - dibersihkan & potong saiz kesukaan
1 sudu besar serbuk kari
1 batang serai di titik
1 helai daun kunyit ~ dihiris / dikoyak2
1 sudu kecil asam jawa ~ bancuh dengan air
1 1/2 cawan air
sedikit gula dan garam utk perasa
sedikit minyak masak

BAHAN2 DITUMBUK LUMAT

1/2 inci kunyit
1 inci halia
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah kecik
( jika suka terasa pedas boleh tambah beberapa biji cili padi juga semasa menumbuk ramuan )

CARA PENYEDIAAN:-
  1. Panaskan minyak lalu tumiskan bahan2 yang ditumbuk bersama serai & serbuk kari sehingga naik bau. Masukkan ayam dan gaulkan. Tambah air, air asam jawa, garam, gula dan perasa. Gaul sebati.
  2. Tutup kuali & sesekali buka & gaul sebati. Tunggu hingga ayam nampak masak. Masukkan hirisan daun kunyit & gaul sebati. Bila cuckup pekat & ayam empuk bolehlah di matikan api & hidang. Jika suka berkuah sikit bolehlah matikan api lebih awal tanpa tunggu kuah pekat. Sedap dihidang bersama nasi putih & lauk sampingan yang lain
Selamat Mencuba ^__^

Tuesday, May 14, 2013

NASI LEMON

Assalamualaikum dan salam sejahtera ^__^

Nasi Lemon menu minggu minggu minggu yang lepas hihii..Dah tak ingat bila buat nasi nih..punye ler bizi sampai tercicir menu nan satu nih ^^

Tq Kak Liza share resepi dari Pak Engku yang femes amos tuh..Dah lama masuk list baru berkesempatan nak mencubanya..Alhamdulillah..sedap..tengok en.suami makan berselera je..mula2 risau juga nak masak nasi nih kot2 ada terasa masam lemon confem en.suami hilang keseleraannya hihii..Tapi Alhamdulillah..seperti yang telah diwar2kan oleh Kak Liza, nasi lemon ni memang takde rasa masam..bau wangi menusuk kalbu ^^

Okess..jom semak resepinya ^__^




NASI LEMON
Resepi Asal : Pak Engku ( Resepi Kenduri Kahwin Pak Engku )
Sumber cuci mata : Kak Liza @ Intai Dapur

BAHAN-BAHAN:-

1 kg beras basmathi
100 gm marjerin
1/2 tin susu cair
1/2 sk serbuk kunyit
1 biji lemon ( parut & ambil jusnya )
1 liter air
Garam, serbuk perasa

BAHAN-BAHAN TUMIS

3 ulas bawang merah - kisar
2 ulas bawang putih - kisar
1 inci halia - kisar
1 tangkai daun sup - potong
1 tangkai daun pudina

CARA PENYEDIAAN:-

  1. Panaskan marjerin dan masukkan bahan-bahan kisar, goreng hingga garing.
  2. Masukkan bahan tumisan yang lain hingga naik bau.
  3. Masukkan air, susu cair, serbuk kunyit/pewarna, garam, serbuk perasa, kulit lemon parut dan kacau sebati.
  4. Akhir sekali masukkan beras dan biarkan hingga masak.
Selamat Mencuba :-)

Monday, May 13, 2013

AYAM PANGGANG BERCAJUN

Assalamualaikum dan salam sejahtera ^__^

1st entry di bulan Mei (^__*)~ Lama betul tuan tanah nih bercuti kan..ekceli, yana baru balik dari kampung..bercuti sejak hari mengundi lagi ^^..seminggu lebih duk kampung tapi rasa macam kejap jew :(

Meh kita jamu mata dulu dengan Ayam Panggang Bercajun..Dah banyak kali yana buat resepi dari Kak Nor Secubit Garam nih..memang sedap..memenuhi piawaian anak tekak penghuni rumah ni hehee..Okess, tak boleh nak citer panjang lebar lagi sekarang nih..update blog sepantas yang boleh sebelum baby jaga dari lena ~jumpa lagi~~~


AYAM PANGGANG CAJUN

BAHAN-BAHAN:-

2 keping bahagian peha ayam
3 ulas bawang putih ~ ditumbuk
1/2 inci halia ~ ditumbuk
1 sudu besar cajun
1 sudu besar gula perang/madu
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar italian herbs
1 sudu besar extra virgin olive oil

CARA PENYEDIAAN:-
  1. Gaul kesemua bahan-bahan kecuali ayam hingga sebati
  2. Lumur pada ayam dan perap paling kurang 1 jam ( dalam peti ais )
  3. Panaskan pemanggang/oven dan bakar/panggang ayam hingga masak ( lebih kurang 40 - 45 min )
  4. Sedia untuk dihidangkan



Selamat Mencuba :-)

Tuesday, April 30, 2013

AWARD DARI NASYA ^___^

Assalamualaikum dan salam sejahtera ^__^

Dah sebulan lebih hangkut award nih dari jiran baru Nasya and baru hari ni dapat di entry kan..sory ye Nasya..banyak sangat hal nya hihii..pe2pun hari ni kita dah tepek dengan besarnya award yang cantik ini..Terima kasih banyak2 Nasya atas ingatan yang tulus ikhlas ~semoga persahabatan di alam maya ini akan berkekalan ~~~ 


 ^_____^

Monday, April 29, 2013

KEK SPAN PANDAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera ^__^

Alhamdulillah masih berkesempatan untuk bersua di alam maya ini ^^.. Agak lama yana bercuti kali ni..ada yang mencari tak hihhii~ Ekceli sepanjang minggu lepas yana sekeluarga telah diuji dengan sedikit ujian dari Allah SWT..Alhamdulillah..dengan keizinanNYA juga semuanya dah selamat dan harapnya moga berkekalan~ Semua ujian dan dugaan bukannya hukuman dari Allah tetapi petanda kasih sayang Allah terhadap hambaNYA agar lebih tabah dan sabar akan hikmah disebaliknya.. Wa Allah hu Alam

Otak sedikit blur nak bebel malam ni tapi gatal tangan nak hupdate blog hehee ~ rindu sangat nak BW umah kengkawan..dapur yana dah lebih seminggu tak mengeluar asap..takde kenikmatan berada di dapur bila diri tak tenteram tapi hari ni dah mula masuk dapur..rasa macam2 nak buat ^_^

Okess, kita layan Kek Span Pandan yana buat untuk minum petang tadi..Dah lama bebenor rasanya tak buat kek.. tibe je pagi tadi damia tanya kek ada tak..hmm..dah boring la tu hari2 makan roti dengan sosej..sejak pindah ke Manjung, yana belum berkesempatan lagi nak membaking sebab males nak keluarkan semua peralatan yang masih lagi dalam kotak hihiii~ 

Kita layan je la ekk kek span yang femes amos nih..dh lama simpan resepi baru ari ni dapat menerainya..yana buat 1/2 adunan jer..buat plak dalam loyang besar maka nipis sedikit jadinya hihii 




KEK SPAN PANDAN

BAHAN-BAHAN:-

150 gm tepung superfine
150 gm gula kastor
5 biji telor A
1 sudu besar ovalette
80 ml air pandan
80 ml air minyak/mentega cair
1 sudu teh pes pandan
1 sudu teh serbuk penaik
Sedikit pewarna hijau

CARA PENYEDIAAN:-
  1. Satukan gula, ovalette, tepung, serbuk penaik dan telor dalam mangkuk adunan. Pukul adunan hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi. ( tapi ni terletak kepada kelajuan pengadun )
  2. Perlahankan kelajuan dan masukkan air daun pandan. pes pandan dan sedikit pewarna hijau..pukul lagi dengan kelajuan tinggi sehingga adunan kek benar2 ringan.
  3. Tuangkan minyak/mentega cair ke dalam adunan dan gaul dengan senduk sehingga sebati.
  4. Sediakan tin pembakar bulat/4 segi ukuran 8 inci, griskan dasarnya dan lapik kertas serap minyak. Tuangkan adunan dan bakar selama 45 minit atau hingga masak pada suhu 150-180c
  5. Bila dah masak keluarkan dari oven dan telangkupkan kat atas redai kek..lebih kurang 5 minit bagi mengelakkan kek kita kempis
Selamat Mencuba :-)