Monday, July 9, 2012

KUIH SERI MUKA

Assalamualaikum dan selamat pagi buat semua pengunjung..terima kasih yang tidak terhingga kerana sudi singgah ke umah kecik yana yang biasa2 ajer nii ^_^..Okess, untuk permulaan hari baru di minggu yang baru kita cuci mata dulu dengan menu yana petang semalam..Kuih Seri Muka..gembira di hati  bukan kepalang kerana 1st time buat kuih feveret ni jadi dengan jayanyaa hahaaa..rasanya ini percubaan kali ke 4..baru elok kejadiannyaa..suka yang teramat sangat ^_^

Sebelum ni kalau buat kuih seri muka memang tak berseri..mcm2 jadinyaa..nak tayang kat sini pun malu hihiii..pe2pun memang puas hati dapat makan semalam sampai angin satu badan..hahaa..Dah tau badan kita xleh makan pulut banyak tapi nak jugak makan..Lepas tu terima lah akibatnyaa..sampai skg masih terasa deruan angin timur laut dalam badan..maunya 2 3 hari baru ilang sepenuhnyaa hehee..

Panjang lebar pulak coretan di pagi ini..bukan ada yang gempak pun..saje nak citer kegembiraan dah berjaya buat kuih feveret nii..hmm...umo dah 30 baru pandai buat kuih nii..mesti ada yang gelak kan kan kan ^^..


KUIH SERI MUKA

BAHAN-BAHAN:-

Bahan Lapisan Bawah:-
500gm beras pulut
400ml santan cair
1 st garam
2 sm minyak

Bahan Lapisan Atas:-
120gm tepung gandum
2 sm tepung jagung
140 gm gula
3 biji telur
450 ml santan pekat
1/2 st garam
300 ml air + 10 helai daun pandan dikisar utk dijadikan air pandan ( bg yg tak mudah nak dapatkan daun pandan..boleh ganti dgn 1 st pandan paste ) ~ yana guna pandan paste ajer

CARA NAK BUAT:-

Untuk Lapisan Bawah:-
  1. Sediakan kukusan terlebih dahulu. Biarkan air mendidih.
  2. Bersihkan beras pulut dan direndam selama 10-20 minit.
  3. Toskan beras pulut. Tak perlu lama2..sekejap pun boleh.
  4. Satukan semua bahan2 didalam loyang dan dikacau sedikit agar minyak dapat diratakan.
  5. Kukus diatas kukusan yang telah mendidih selama 20-30 minit.
  6. Keluarkan loyang dari kukusan dan ratakan permukaan pulut tadi. Siap untuk dilapis dengan lapisan atas.
Untuk Lapisan Atas:-
  1. Pukul gula bersama telur hingga kembang..sikit jer pun boleh.
  2. Masukkan santan yang telah dilarutkan bersama garam. Diikuti dengan air pandan dan dipukul/dikacau lagi.
  3. Akhir sekali ayakkan tepung gandum & tepung jagung ke dalam aduna tadi. Dipukul/dikacau lagi agar tidak berbiji. Hendaklah ditapis adunan ini dan siap untuk dikukus.
  4. Sekali lagi dengan kukusan dan denga perlahan tuangkan lapisan atas. Kukus selama 45 minit @ 1 jam.
  5. PERINGATAN..kuih ini hendaklah betul2 sejuk barulah mudah dipotong dan cantik dihidangkan. 
Selamat Mencuba :-)

Saturday, July 7, 2012

CHINESE STYLE LEMON CHICKEN

Assalamualaikum dan salam sejahtera..selamat berhujung minggu semua ^^..Hari ni dapur tuan umah xberasap..baru  ajer balik dari kenduri umah jiran sebelah..Alhamdulillah..xyah susah2 memeluhkan diri kat dapur hari nii..kenyang sangat makan nasi minyak+dalca+ayam merah+jelatah+kek kastard pandan+bingka durian+agar2 pandan..semuanyaaa sedapp menjilat jari jemari..terasa bahagia jer diri ini kalau dapat makan orang lain masak ^^


Okess..xmau citer pasal lauk pauk kenduri tadi..krg xpasal2 nak makan lagi..Mak buyung ni bukan bleh caya sangat..makan asyik xkenyang jer skg niii..hahaaa..kita layan dulu dinner simple kami semalam..Chinese Style Lemon Chicken..Kami makan ratah macam tu jer..sedapp sangat dengan rasa masam lemon yang menyegarkan ditambah pula dgn kerangupan ayam..lepas ni bleh buat lagi..makan dengan nasi ayam pun best jugak niii ^^..Tq pada empunya resepi Mimsienas@MyResepi..Mintak halal yer yana nak share kat sini pulak.................


CHINESE STYLE LEMON CHICKEN
Resepi : Mimsienas@MyR

BAHAN-BAHAN :- ( 3 - 4 orang )
10 strips boneless chicken fillet/breast ( dipotong 1 " )

BAHAN MARINADE:
3 sudu besar kicap cair
1 sudu kecil garam

BAHAN BATTER :
1 biji telur ( saiz besar )
1/4 cup tepung jagung
1 sudu kecil lada putih

BAHAN SOS :
1/3 cup gula ~ yana letak secukup rasa
1 cup stok ayam ( pakai kiub ayam Knorr jer ) anggaran 1/2 kiub bercampur air
2 sudu besar tepung jagung
1/2 biji lemon ( diambil jusnya sahaja )
1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar minyak masak ~ yana xletak
Pewarna kuning ( optional ) ~ yana x letak

CARA NAK BUAT:-
  1. Mula2 marinade ayam yang telah dipotong tadi dengan kicap dan garam. Kalau boleh biarkan selama 30 minit, tapi kalau nak cepat 10 minit pun jadi laa.
  2. Untuk buat bahan batter, pukul 1 biji telur tadi dan campurkan dengan tepung jagung dan lada putih, dan celupkan ayam ke dalam adunan sebelum menggoreng. Tapi untuk ayam lebih crispy, saya slalu celup dalam telur dulu baru celup dengan tepung ( dry ) supaya ayam lagi crispy bila digoreng. Deep fry ayam selama beberapa minit sehingga golden brown. Toskan ayam dan biarkan.
  3. Untuk membuat sos campurkan semua bahan sos kecuali minyak dalam mangkuk kecil dan kacau sehingga sebati. Jika menggunakan pewarna diletakkan sekarang.
  4. Panaskan 2 sudu minyak masak dan masukkan semua bahan sos yang telah dicampur tadi. Kacau sos hingga sebati dan warnanya clear ( tidak keruh ) * kalau xcukup rasa masam, boleh tambah lagi jus lemon.
  5. Setelah sos siap, boleh la digaul bersama ayam yang telah digoreng tadi dan dihias bersama sedikit hirisan lemon dan daun bawang.
  6. * Kalau nak makan bersama nasi ayam, cuma tumbuk/blend halia, bawang putih dan bawang merah sehingga lumat, tumiskan dan kemudian masukkan air + 3 kiub ayam untuk buat stok, Ganti air masak nasi dengan stok ayam ini. ( lebihkan sikit dari sukatan air nasi biasa ) dan masak atas rica cooker. Siap!!
Selamat Mencuba :-)

Friday, July 6, 2012

BIHUN SUP UTARA ALA IBU MERTUA KU

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..apa khabar semua teman2 di alam maya..doa yana di pagi Jumaat ini moga teman2 sentiasa dalam keadaan yang sihat sejahtera selalu hendaknya..terima kasih pada yang sudi singgah di dapur kecik yana yang biasa2 ajer.xde keistimewaan pun..hanya tempat untuk yana belajar dan  mencari pengalaman tentang dunia masakan yang luas tanpa sempadan..ceewaaahh..panjang pulak mukadimah pagi nii ^^..

Okess back to the menu..Dah x ingat bila yana buat..rasanya 2 minggu lepas kot..Bihun Sup Utara ala ibu mertuaku ^_^..Mungkin lain tempat lain caranya..cara ibu mertua yana buat lain tapi memang sedap sangat kat tekak yana..Bihun dan moi sup adalah makanan feveret yana sejak menjejakkan kaki ke bumi kedah bermula zaman study dulu and xsangka pulak dapat jodoh dgn org Kedah..sokmo lah bleh makan makanan feveret nii hihiii..Bahan2 kat bawah tu anggaran yana je yer..so, sape2 nak try pandai2 lah adjust yang mana patut ^_^


BIHUN SUP UTARA
Resepi : Ibu MertuaKu ^_^

BAHAN UNTUK KUAH:-

1/2 ekor ayam
1 1/2 inci halia ( diketuk )
1/2 kiub stok ayam
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
Air secukupnya
Garam dan serbuk perasa

BAHAN TUMIS :-

2 biji bawang merah ~ tumbuk halus
3 biji bawang putih ~ tumbuk halus
1/2 sudu besar halba campur ~ tumbuk kasar
1/2 sudu besar rempah sup adabi
1 batang daun sup ~ potong kasar

AKSESORI

Bihun ~ rebus kejap dgn sedikit serbuk kunyit
Daun bawang/daun sup
bawang goreng
Tauhu ~ digoreng dulu lepas tu potong
Lobak asin


CARA NAK BUAT:-
  1. Mula2 buat kuah dulu yer..Masak semua bahan untuk kuah dalam periuk hingga didih kemudian masukkan ayam. 
  2. Bila ayam dah masak, keluarkan dan goreng kejap. 
  3. Dalam kuali, tumis semua bahan tumis kecuali daun sup dengan sedikit minyak hingga garing dan naik bau. Kemudian masukkan 3-4 senduk kuah tadi ke dalam kuali bahan tumis. Kacau dan masukkan daun sup. Kacau dalam 5 saat dan tuangkan bahan tumis tadi ke dalam periuk kuah yang sedang dimasak. Kemudian bolehlah tambah garam dan sedikit serbuk perasa. Rasa dah ok maknanya dah siap lah kuahnyaa...
  4. Masa menghidangkan, masukkan bihun ke dalam mangkuk. Letak sedikit isi ayam. Tabur daun sup, bawang goreng dan lobak asin. Jangan lupa sambal cilinya..
* Yana buat sambal cili biasa2 ajer..masak sebungkus serbuk cili bersama sedikit air, gula merah dan asam keping. Masak hingga pekat...


Selamat Mencuba :-)

Thursday, July 5, 2012

KAM HEONG CHICKEN

Assalamualaikum dan salam Nisfu Syaaban..Selamat berpuasa kepada kawan2 yang berpuasa sunat hari nii..Lama betul kita xbersua di alam maya..Boring x dah seminggu tgk pic budak tecik tu main tepung hihii..Ekceli, tuan umah baru nak memanaskan periuk belanga..tibe jer vitamin R nak ke dapur hilang huhuuu ~~~

Kita mulakan n3 pertama bulan Julai dgn resepi yang simple mimple nii..dah banyak kali buat sebab senang and paling penting sodapppp ^__^..Kam Heong Chicken ni yana buat untuk sahur tadi..makan bersama nasi putih lepas tu yana goreng sayur campur..berselera jugak makan ^^..menu untuk bebuka krg belum fikir lagi..males nak makan nasi dah..tgu sahur krg pulak makan nasi..moh kita layannn ajerr..jumpa lagiiii ^_^


KAM HEONG CHICKEN
Resepi : Kak Wardah
Sumber cuci mata : Kak Nurul & Tun Telani

BAHAN-BAHAN:-

500 gm ayam ~ yana perap 4 jam dgn tpg jagung + serbuk lada hitam, then goreng & toskan
4 tangkai cili padi ( diketuk )
2 tangkai cili merah ( dihiris )
2 labu bawang besar ( dicincang )
4 ulas bawang putih ( dicincang )
2 sudu makan rempah kari
2 sudu makan sos cili
2 sudu makan sos tomato
2 sudu makan kicap
2 sudu makan sos tiram
5 helai daun kari
Garam dan gula secukup rasa

CARA NAK BUAT:-

  1. Gaulkan ayam bersama tepung jagung dan sedikit garam. Kemudian goreng hingga masak. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik baunya.
  3. Kemudian masukkan serbuk rempah kari bersama sos cili, sos tomato, daun kari, kicap dan juga sos tiram. Kacau rata dan biarkan hingga pekat.
  4. Masukkan ayam bersama cili merah dan juga cili padi.Gaulkan ayam rata.
  5. Masukkan garam, gula. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan bersama nasi putih..
Selamat Mencuba :-)

Saturday, June 30, 2012

SAJE SAJE XDE KEJE ^_^

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..Hari ni xde n3 masak masak yer..tibe jer rasa nak gantung periuk kuali belanga untuk 2 3 hari nii..badan dah keletihan..dah tibe masanya 'KOT' nk slow down sikit aktiviti masak memasak..nak rest sambil usap2 perut yang dah makin maju dengan jayanya ke depan hikhiiikk..Alhamdulillah..dah masuk 29 minggu..kejap jer masa berlalu kan ^_^

Hari ni just n3 saje2 my little princess yang dah pandai menyelongkar dapur ibu..huhuu..yang ni kejadian beberapa hari lepas masa ibu tengah solat..hmm..ibu terlupa nak simpan tupperware tepung..maka tanpa segan silu dan penuh hati2 budak tecik yang dah lama geram dengan tepung ibu ni terus menjalankan aktivitinya....................^_^ 

kita gaul rata tepung dulu yerrr puan2 ^_^
mcm xcukup tepung jer niiii
eeeii..rimaslah rambut niii
hmm..dh ok kot ^_^
okess ibu..DONE!!

~~~~ SAYANG ANAK IBU :D