Monday, April 15, 2013

SWEET LIZAHANUM'S GIVEAWAY " Saja-saja nak bagi hadiah.."

Assalamualaikum dan salam sejahtera ^__^


Malam ni merajinkan diri update blog semata2 nak join GA Kak Liza dari Sweet Lizahanum..Harap2 ada laaa rezeki ^__^

Hmm..kalau citer pasal hadiah dari insan tersayam of kos kita suka yang teramat..senyum sampai ke telinga kalau dapat..xkisah lah hadiah tu murah ke mahal ke..janji beliau bagi dan paling best kalau dapat hadiah idaman kalbu kan..betul2 suprise ^^

Okess..ini laa hadiah idaman yana buat masa sekarang nih..PIE MAKER..yana suka sangat makan pie..so. kalau ada maker macam nih tiap2 ari yana buat kot ^^..dah lama bagi hint kat en.Laling tersayang tapi dia buat do no jer..cian kita kan..agaknya dia nak bg time aniversary kot tak pun besday nnt ~ ayat nak sedapkan hati je nih kuikuii~ ekceli bkn dia buat do no tapi bini dia ni banyak sangat yang berkehendak hihiii


en.google punyer
Sesiapa nak join boleh tgk SINI yer ^^..jom sama2 kita meriahkan GA Kak Liza..mana tau ada rezeki..InsyaAllah..

Thursday, April 11, 2013

PUDING ROTI BERSOS KAREMEL

Assalamualaikum dan salam sejahtera ^__^

~ Menu bekpes bawa ke lunch hari ini~ Puding Roti Bersos Karemel yang sungguh yummy ^^ Seperti biasa kalau buat puding roti yana guna resepi dari Kak Hana..Kali ni yana buat dalam ramekin jew..senang nak ngap..males nk potong hihii..Tq kak Hana..sekali lagi mintak izin nak share kat sini pulak yer kak ^^

Untuk sos karemel pulak yana try resepi dari athira alya..resepi ni terskodeng kat dapur Sha.. Tq pada tuan empunya resepi..Sos karemel nih memang sebijik rasanya mcm dips kat auntie anne tu..lepas nih teringin nak bikin preztel pulak kalau ada kerajinan ^^sos karemel banyak lagi walaupun yana buat 1/2 adunan jer~ Dah pukul 12.30am..jom cuci mata dulu..tuan tanah nk cuci kaki lepas tuu zzzzzzzzzzzzzz... jmpa lagi ^__^




PUDING ROTI 

BAHAN-BAHAN:-

8 keping roti
* 500 ml susu segar
* 4 sudu besar gula halus
* 2 sudu butter - cairkan
* 2 biji telur
* 1 sudu teh esen vanilla
* 1 sudu besar tepung jagung
* 1 sudu kecil serbuk cinnamon
2 sudu besar kismis

CARA NAK BUAT:-
  1. Koyakkan roti dan susun dalam loyang yang telah digris dengan sedikit butter.
  2. Gaul rata bahan2 bertanda * dan tuang ke atas roti tadi.
  3. Biarkan sebentar dalam 20 - 30 minit agar roti terendam sepenuhnya.
  4. Taburkan kismis diatas adunan.
  5. Bakar pada suhu 180c selama 30 minit atau sehingga masak.
SOS KAREMAL @ CAREMAL SAUCE
Sumber cuci mata : Noorsha.blogspot.com

BAHAN-BAHAN:-

1 cawan gula
6 sudu makan butter ( margerin pun boleh tapi masin sikit )
1/2 cawan whipped cream
2 sudu besar air -sha & yana tambah

CARA PENYEDIAAN:-
  1. Masak gula dengan api sederhana, sampai warna coklat2.
  2. Bila dah mendidih, masukkan butter.. ( bila masuk butter, gula akan membuak. so better gunakan periuk yang tinggi sikit )
  3. Selepas butter tadi dah sebati dgn gula..alihkan dr api sebentar dan  masukkan whipped cream tadi. Kacau hingga sebati lepas tu masal dgn api kecil sekejap
  4. Masukkan dalam bekas tertutup. Biarkan sejuk sebelum disimpan dalam peti ais
Selamat Mencuba :-)

Monday, April 8, 2013

AYAM PALEMBANG

Assalamualaikum dan selamat sejahtera :-)

~ Gandingan bersama Nasi Beringin ari tu ^^ Ayam Palembang yang sedappp hingga menjilat jari jemari hihii..Resepi asalnya daging..yana tukar jadi ayam sebab kat umah nih kurang laku sikit kalau masak daging..Kalau buat ayam memang laku sangat ^^..Tq pada tuan empunya resepi Kak Maria Hakem mintak izin yana share kat sini pula yer kak ^^..Tq jugak pada Kak MaDiHaA dan Kak Amie atas perkongsian resepi yang superb nih..dah 3 kali yana buat minggu lepas..En.Laling dgn damia suka sangat (^__^)



Ayam Palembang
Resepi : Kak Maria Hakem
Sumber cuci mata : Kak MaDiHaA & Kak Amie

BAHAN-BAHAN:-

700 gm daging~ yana tukar ayam
2 batang serai ~ dititik
500 ml santan pekat - boleh ganti dgn kerisik ~ MadiHaA & yana masukkan kerisik homemade anggaran 3 sudu besar
1 cawan kicap lemak manis cap kipas udang ( Habhals )
minyak
( MaDiHaA tambah 1/2 batang carrot & sebiji bawang besar yang dibelah 6 )

BAHAN KISAR

1 labu bawang besar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia
3 cm lengkuas
15 biji cili kering

Rempah penumis:

3 cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga

CARA PENYEDIAAN :-
  1. Panaskan minyak secukupnya dan tumis bahan kisar, bahan penumis bersama serai sehingga pecah minyak.
  2. Masukkan daging dna gaul sebati. Tutup kuali dan masak dengan api sederhana sehingga keluar air daging dan biarkan seketika.
  3. Masukkan kicap dan diikuti dengan santan. Biarkan masak hingga daging mula empuk.
  4. Kacau sekali-sekala sehingga masak dan kuah menjadi pekat.
P/S: Menurut Kak Maria Hakem, jika tidak mahu masukkan santan dan rajin buat kerisik, eloklah masukkan kerisik


Selamat Mencuba ;-)

Friday, April 5, 2013

NASI BERINGIN aka NASI SERAI

Assalamualaikum dan salam hari Jumaat penghulu segala hari ^___^

Dah lewat malam baru dapat munculkan diri..bizi sungguh dengan keje2 umah yang tak pernah kehabisan ^^

Okess..back to the menu ^^Hari ni buat 1st timenya merasa kesedapan Nasi Beringin aka Nasi Serai..Dari semalam dalam kepala duk terbayang keenakkan nasi nih lepas Kak MaDihaA tayang ari tu..Alhamdulillah..memang sedap..tengok hb makan tanpa berkata apa2..habis sepinggan mintak tambah lagi..sure sedap la tuh hihiii

Tq Kak MaDiHaA dan Kak Amie coz berjaya goda yana utk cuba nasi yang harum semerbak nih..Tq jugak pada tuan empunya resepi SyidahMustafa..minta halal yer..yana nak kongsi kat sini pulak ^^


NASI BERINGIN @ NASI SERAI
Sumber cuci mata : Kak MaDiHaA & Kak Amie

BAHAN-BAHAN:- ( 4 orang )

2 cawan beras biasa ~ Amie & Yana guna beras basmathi ( MaDiHaA cmpur kedua2 beras sbb beras basmathi tinggal 1 cwn jer )
1 sudu kecil jintan kasar
1/2 biji bawang besar ( yg kuning )
4 ulas bawang putih
1 inci halia
5~6 batang serai
1 sudu besar marjerin ~ yana guna extra virgin olive oil
air utk menanan nasi
Sedikit garam ~ Amie guna serbuk pati ayam MAGGI cukup rasa

CARA PENYEDIAAN :-
  1. Tumbuk bawang putih, bawang besar dan halia.
  2. Titikkan serai.
  3. Panaskan periuk dan cairkan marjerin.
  4. Tumis dahulu jintan kasar.
  5. Kemudian tumis bahan-bahan yang ditumbuk bersama-sama serai yang dititik.
  6. Masukkan air dan garam. Masak nasi seperti biasa.
  7. Tunggulah nasi nii dan tahanlah perut bila hidu bau wangi nasi niii ^__^
Nasi Beringin bergandingan dgn Ayam Palembang & acar campak2 apa yg ada dlm esbox (^_^)
Selamat Mencuba :-)

PAVLOVA

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^___^

~ kebizian melanda semenjak dua menjak nih..masa tersangatlah terhad nak mengadap cik lappy kesayangan ^^

Pe2pun kita layan dulu entry pertama bulan ini~Pavlova..1st time yana buat dessert yang so sweet nih tahun lepas and tibe je semalam tringin nak makan pulak lepas tgk rancangan Giada At Home kat channel food network.. adusss..betul2 tringin nak mkn bila mendengar kerangupan mini pavlova yang Giada makan tuh..betul2 rangup..makan pulak dgn segala buah berries..makin ku tergoda ^^

Okess, resepi olahan dari Nonie Rahman selalu jadi pilihan yana kalau buat pavlova..elok2 je jadinya untuk pemakan yang tak ramai kat rumah nih~ yana dgn damia je yang habiskan..en.hb hanya makan satu suapan lepas tu dia tanya kek gula ke nih..terus je dia telan pelan2 pastu minum air suam 2 gelas sekaligus hehee..

Mata dah kesayuan..xsempat nak merempit lagi malam nii..InsyaAllah ada masa nanti yana singgah ke rumah kawan2 yer ( ^__^ )





PAVLOVA

BAHAN-BAHAN:-

1 biji putih telur
1/4 cawan gula kastor
1 sudu teh vanilla
1/2 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu teh cuka makan

CARA PENYEDIAAN :-
  1. Pukul putih telur pada kelajuan sederhana sehingga berbuih.
  2. Dengan kelajuan tinggi ( nonie guna stand mixer biasa kelajuan tahap 5 ) masukkan gula sedikit demi sedikit.
  3. Terus memutar sehingga adunan putih dan berkilat.
  4. Masukkan esen vanilla dan putar lagi selama 2 minit.
  5. Masukkan tepung jagung dan cuka. Kaup balik adunan dengan menggunakan spatula.
  6. Sudukan adunan ke atas dulang pembakar yang dialas dengan kertas minyak.
  7. Bakar selama 1 jam pada suhu 150c untuk 15 minit  pertama dan turunkan suhu pada 140c untuk masa seterusnya.
  8. Biarkan pavlova sejuk di dalam oven dengan pintu oven sedikit terbuka. Nonie & yana biarkan 2 jam.
  9. Untuk menghidangkan bolehlah dihias dengan whipped cream/kastard dan buahan segar.



TOPPING

BAHAN-BAHAN:-

1/2 cawan whipped cream
1/2 sudu besar gula kastor
Buah-buahan segar untuk hiasan

CARA PENYEDIAAN:-
  1. Pukul whipping cream sehingga kembang
  2. Masukkan gula
  3. Tuang whipping cream di atas adunan tadi, hias dengan buahan segar.
  4. Sedia untuk dimakan.
Selamat Mencuba :-)