Monday, January 5, 2015

MUFFIN COKLAT

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^

Menu petang tadi untuk anak2 riang..Muffin Coklat..Hari ni anak2 tak nak makan nasi..dah buat lauk kegemaran pun tak nak makan jugak..hurmm..bila petang menjelma mulalah tanya..kuih ada tak..kek ada tak..dah lapar la tu tapi tak nak juga makan nasi..still duk tanya kuih kek..

Okess lah..layan dulu muffin coklat..puan tanah dah tak tau nak bebel apa..malam ni mahu berBW..anak2 sudah tido~~~~peace~~~


MUFFIN COKLAT
Sumber : Mak Lang & Kak Ummi

BAHAN A :-
2 cawan tepung ~ yana & izah guna tepung gandum
1 1/4 cawan serbuk koko ~ yana & Izah letak 1 cawan
2 sudu kecil baking powder
2 sudu kecil soda bikarbonat
3 sudu kecil nescafe
sedikit garam

BAHAN B:-
2 cawan gula kastor ~ yana & Izah kurangkan sedikit
1 cawan minyak masak
1 cawan susu cair @ susu segar
3 biji telur
1 - 2 sudu besar oren sunquick ~ yana & Izah tambah

BAHAN C:-
3/4 cawan air panas

CARA PENYEDIAAN:-
  1. Campur semua bahan B dan letak tepi.
  2. Ayak tepung bersama serbuk koko, baking powder dan soda bikarbonat. Campurkan semua bahan A di dalam mangkuk besar.
  3. Masukkan bahan B ke dalam A dan kacau rata. Kemudian akhir sekali masukkan air panas ke dalam adunan tadi dan gaul rata. Ceduk ke dalam muffin cup dan bakar ada suhu 175c selama 20 minit
Selamat Mencuba :-)

5 comments:

Kak Vit said...

sedapp! :)

cheq da said...

Anak suka la tu yana..cupcakes doremon lg tu..

tun_telani said...

Kak yana cayangg.. alahai..xnk makan nasi ye.. xcukup zat nnti.. seronok buat kuih2 kalau ada yg selera nk makan.. tun ni harap budak2 yg tun ajar mengaji tu tukang makan bila wat kuih.. seronok sikit tgk bdk2 mkn, kalau x mkn sendiri je.

Minuman segar said...

hy kak,,mantap ni resepnya,,bole di coba ya ?

Anonymous said...

off white
off white hoodie outlet
fear of god
giannis antetokounmpo shoes
bape hoodie
palm angels t shirt
jordan 12
jordan shoes
jordan travis scott
off white clothing