Wednesday, January 7, 2015

KUIH BAKAR KENTANG

Assalamalaikum dan selamat sejahtera ^_^

Semenjak dua tiga menjak ni ramai pulak kengkawan buat tayangan amal kuih bakar kat FB..kita ni pantang betul kalau hari2 duk tengok orang tayang kuih kegemaran nii..mulalah gatal tangan nak buat..So semalam duk godek2 kat dapur..Yana buat half adunan je sebab anak2 tak makan kuih ni..Untuk anak2 yana buat butter cookies..yang tu belum buat entry lagi..tunggu esok ye..InsyaAllah..


Hari ni layan kuih bakar a.k.a bingka a.k.a bengkang ubi kentang dulu..Tersangatlah suka kuih bakar kentang nii..Sedap tau..dah banyak kali yana buat sejak virus 2 3 tahun lepas..kali ni yana buat 2 warna..kuning dan hijau..yang hijau tu yana tambah pandan paste..Kalau perasan kat tengah2 ada jaluran coklat..Sebenornya yana nak buat corak tapi xjadi coraknya..bila potong jadi alunan kasih pulak huhuu..xpe, lain kita try buat lagii sampai jadi seperti yang dikehendaki ~~~~


KUIH BAKAR KENTANG

BAHAN-BAHAN :-
2 biji ubi kentang ~ rebus & kisar/lecek
1 biji telur
2/3 cawan gula
1 cawan tepung gandum
1 cawan santan
pewarna kuning atau hijau
1/3 sudu besar minyak sapi ~ yana letak 1 sudu besar ~ cairkan
3 sudu besar susu cair

CARAPENYEDIAAN :-

  1. Kacau telur dan gula. masukkan tepung dan santan. kacau rata dan tapis.
  2. Tuang dalam ubi kentang tadi dan kacau rata. Masukkan minyak sapi cair tadi dan gaul sebati.
  3. Sapu loyang/acuan dengan minyak, panaskan sebentar dan tuang adunan. masak atas api kecil, tabur bijan jika suka.
  4. * jun masak dalam acuan kecil2 dan bakar dalam oven selama 15-20min ~ yana masak dalam acuan kemboja selama 30 minit suhu 170c
Cara Yana : blend ubi kentang bersama gula & santan hingga hancur, Kemudian masukkan semua bahan lain kecuali pewarna dan blend lagi hingga halus. Tuang dalam mangkuk bagi 2 bahagian..letak pewarna dan kacau bagi rata..Masukkan kesemua adunan kuning kemuadian adunan hijau. Boleh bakar.


Selamat Mencuba :)

4 comments:

Cheq Sue said...

Sedap sangat la pekena kuih tradisi ni sambil2 hirup kopi... kalau ada yang nak makan teringin jugak nak buat lagi..

Kakzakie said...

Ok..ok.. lain kali kakak pulak nak mencuba. Kalau kakak tak adalah nak mencuba yg menjalur coklat Yana. Buat macam ini pun dan cantik sangat dah kakak tengok:)

adda syuhada said...

yang nengok pon menitis air lio ahaha sedap nyerrr...

tun_telani said...

Salam kak yana cayanggg... tun peminat kuih bakar jugak. tp husben tun xbape layan kuih nih.. huhu.. kalau buat tu mmg jenuh jugak nak perabih. comey pulak nmpk bila 2layer nih.