Monday, January 19, 2015

KUIH KASWI DURIAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^_^

Alhamdulillah masih bernafas hari ini..cepat betul masa berlalu..sudah seminggu puan tanah tak hupdate blog..huhuu..jadual kehidupan yang sudah berubah..makin bizi sejak anak dah mula sekolah..dulu boleh relax je pepagi..sempatlah nak berblogging..sekarang ni bangun pepagi kena siap bekpes and bekal anak ke sekolah..alahaii dah pandai mintak nak bawa kuih tu kuih ni g sekolah..takpe2 janji kakak suka g sekolah ibu dah syukur sangat..memang minggu lepas ibu asyik berdebor jer takut kakak nanges kat sekolah ^__^


Okess..untuk panaskan kembali aura berblog kita cuci mata dulu dengan kuih Kaswi Durian..Dah lama nak menerai kuih kaswi durian ni tapi asyik lupa jee..beberapa minggu lepas incik lalink bawak balik sebiji durian besar punyer..4 ulas yana frozenkan spare untuk bikin kuih kalau ada kerajinan ^_^ ..Alhamdulillah..jadi jua buat kuih kaswi nii..memang sedap..peminat kuih kaswi macam yana harus cuba tau..Tq kak yatie share resepinya~~~~


KUIH KASWI DURIAN

Bahan A
  • 1/2 cawan gula pasir*
  • 1 cawan gula merah*
  • 1 1/2 cwn air*
  • 3 helai daun pandan*(*di masak, sejukkan dan tapiskan)
Bahan B
  • 1 1/2 cwn tepung gandum
  • 1/2 cwn tepung ubi
  • 1/2 cwn tepung beras
  • 1/2 cwn isi durian
  • sedikit garam
  • 3 sudu besar air kapur
  • 3 cwn air
  • Loyang atau acuan kuih lompang yang disapukan dengan sedikit minyak masak
  • Kelapa parut + garam

CARA PENYEDIAAN:-
  1. Gunakan 1 1/2 cawan air untuk memasak gula pasir, gula merah dan daun pandan.
  2. Masak hingga gula larut. Ketepikan dan sejukkan dulu. Tapiskan..
  3. Ayak ke semua tepung dan masukkan 3 cawan air ke dalam bancuhan air gula.
  4. Masukkan air kapur dan kacau sebati.
  5. Tapis air gula ke dalam tepung - Gaul rata.Tapis bancuhan tepung untuk mengelakkan dari berketul-ketul.(Blend semuanya pun senang..) Masukkan sekali isi durian.
  6. Kacau seketika di atas api yg kecil supaya kelihatan agak pekat.
  7. Sapu loyang/acuan dengan minyak masak supaya kuih mudah dikeluarkan.
  8. Tuang bancuhan tepung ke dalam loyang dan kukus selama 45 minit atau sehingga masak.
  9. Biarkan kuih betul2 sejuk, barulah dipotong guna pisau plastik.
  10. Hidangkan bersama kelapa parut+ sedikit garam yg dikukus sekejap supaya tahan lama.

=>Kalau guna acuan lompang/acuan kecil, masa kukus adalah 15 minit.

Bagi yang mengukus di dalam loyang, kuih akan kelihatan lembik dan berair sedikit. Setelah kuih masak, angkat loyang, sengetkan loyang...buangkan air yg terdapat di permukaan kuih guna tisu atau buang guna sudu je. Lepastu kukus lagi dngn penutup terbuka selama 3 minit. Cara ini membuatkan kuih tahan lama dan kelihatan kering di permukaannya. 



Selamat Mencuba :-)

7 comments:

Bbwana adienia said...

wah bestnya..kaswi durian tu..alahai terliur ni..wana belum bekpes lagi nih.. :)

Kakzakie said...

Mesti sedap ni Yana. Kakak tak pernah terfikir buat kaswi durian. kalau tepung talam durian adalah. Lain kalilah kakak nak cubalah:)

cheq da said...

Sedapnya..minta cikit..terliur dgn kuih muih tradisi ni

Mayang ABDUL RAZAK said...

lama tak buat kuih ni

Amie said...

mmmmm.... sudah semestinya harum kuih kaswi ni

tun_telani said...

lama xmakan kuih kaswi. xsabar tunggu harith masuk sekolah... hehe.. teringin nk buat bento comel2.. tunggu lg 6tahun insyaAllah.. hihihi... berangan kene lebih, skrg nih yg kuar umah pkl 8 pon kelam kabut pagi2 kdg2 xsempat masak, bekpes kat luar je. kih kih.. minggu ni semangat lebih bangun awal masak. harap2 lepas2 ni pon berjaya mantain bgn awal prepare bekfes ngan lunch sblm harith bgn.

Fadzillah said...

Kuih kaswi durian.... sedapnya. Teringin nak cuba, tapi kena tunggu musim durian dulu lah nampaknya.