Friday, January 2, 2015

APAM SUSU

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^_^

Masih belum terlambat rasanya untuk yana ucapkan selamat tahun baru 2015 kepada semua pengunjung DCK..Banyak suka duka yang berlaku sepanjang 2014..Biarlah semua berlalu..sudah menjadi sejarah..Semoga tahun ini kita semua akan menjadi lebih baik..sentiasa dirahmati dan berada dalam lindungan Allah SWT..

Untuk entry pertama 2015 kita layan dulu Apam Susu yang super duper meletopss kat FB nii.. Orang lain dah berzaman buat yana je baru sampai seru nak mencubanya..memang sedap seperti yang diwar-warkan..gebus lembut..rasa macam kek pun ada..Terima kasih buat empunya resepi ~~~



Resepi : Sabrina Khan
Sumber : Nana Aboy

2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
4 biji telur
1 cawan gula halus
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar ovellete
4 sudu besar susu pekat manis
4 sudu besar minyak jagung
pewarna yang disukai
perasa ~ yana letak perasa strawberi

CARA PENYEDIAAN:-

  1. Panaskan kukusan dahulu sebelum kita mulakan proses membuat apam
  2. Mula2 satukan tepung bersama baking powder kemudian diayak. Ketepikan.
  3. Dalam bekas pemutar, satukan telur, gula halus, ovallete dan esen vanila. Kemudian putar sampai gebus dan adunan bertukar ke warna putih
  4. Masukkan susu pekat manis. Putar lagi hingga sekata
  5. Tambahkan pula minyak hagung dan putar lagi
  6. Masukkan tepung dan baking powder yang telah diayak tadi. Kaup balik adunan rata
  7. Bahagikan adunan kepada 3 atau 4 warna. Setiap warna pilihan boleh letakkan perasa yang disukai jika suka. Gaul rata.
  8. Sediakan loyang 8 inci dan sapukan mentega pada loyang. Tuang adunan berselang seli warna hingga habis.
  9. Kukus dalam kukusan yang telah mendidih airnya selama 40 minit
  10. *tutup kukusan hendaklah dibalut dengan kain supaya wap air tidak jatuh atas apam. 
  11. Angkat apam setelah masak. Keluarkan dari loyang. Potong bila ianya telah sejuk
Selamat Mencuba :-)

2 comments:

cheq da said...

Memang sedap...

Bbwana adienia said...

cantik dan gebu apam susu tu..fuh, sedap tu layan..

selamat tahun 2015..moga tahun ni lebih baik dari sebelumnya..