Sunday, January 11, 2015

SOTO AYAM resepi Kak Amie ^_^

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^

Semalam kami sefamily berdinner dengan Soto Ayam..dah lama sangat tak buat soto..tibe2 teringin nak makan set lengkapnya..Maka bertapalah hampir setengah hari kat dapur siapkan soto..Alhamdulillah..tersangatlah puas hati bila dah dapat menikmatinya..hilang kempunan~~~


Kali ni yana cuba Soto Ayam resepi turun temurun keluarga Kak Amie..sedapp sangat..Tq yer kak share resepinya..suka sangat tengok anak2 dengan incik suami makan~~


SOTO AYAM

BAHAN-BAHAN:-
1 kg ayam ~ bahagian dada
3 kampit ketupat ~ rebus melebihi 90 minit ~ angkat dan toskan, sejukkan & potong kiub
1 cawan kacang tanah ~ goreng
1 mangkuk tauge ~ sebaik2nya tunas kacang hijau ~ buat sendiri lebih bak
150gm soon ~ goreng dan toskan
bawang goreng
hirisan daun sup

BAHAN TUMISAN UTK KUAH SOTO
1 sudu makan lada putih ~ tumbuk
3 cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
garam/perasa pilihan
2 liter air
minyak utk menumis

BAHAN KISAR:-
1 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
10 biji bawang merah
5cm bonggol pokok sup
5cm halia
5 biji buah keras
1 sudu makan biji ketumbar
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh jintan manis

CARA PENYEDIAAN:-

  1. Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan kisar sehingga naik bau.
  2. Masukkan semua rempah seperti kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga kecuali lada putih tumbuk.
  3. Masukkan ayam dan balik2kan hingga layu.
  4. Masukkan air secukupnya dan biarkan mendidih.
  5. Masukkan lada putih tumbuk, garam dan perasa pilihan. Tutup periuk dan perlahankan api.
  6. Apabila ayam telah masak, angkat dan toskan.
  7. Biarkan sup terus direnih dengan api paling perlahan.
  8. Goreng ayam hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan minyaknya.
  9. Carik2 isi ayam dan masukkan tulang ayam tadi ke dalam sup/kuah sedang direnih.

BEGEDIL KENTANG

6 biji kentang ~ kupas & potong bai menjadi 8
3 tangkai daun sup ~ hiris
1/3 cawan bawang goreng
1/3 sudu lada putih
1/3 cawan udang kering ~ tumbuk ( tak bubuh pun tak apa )
garam/perasa pilihan
1 biji telur
minyak

CARA PENYEDIAAN:-
  1. Goreng kentang empuk hingga masak dan toskan minyaknya
  2. Lenyek kentang hingga hancur ~ yana & kak amie tumbuk dalam lesung
  3. Gaul kentang lenyek bersama daun sup, lada putih, udang kering dan garam/perasa pilihan
  4. Bulat2kan adunan kentang dan leperkan ditepinya sedikit
  5. Pukul telur dan celup begedil tadi ke dalam telur sebelum menggorengnya
  6. Gorenglah hingga masak atau berwarna keemasan.
SAMBAL KICAP

BAHAN-BAHAN:-
15 biji cili padi
3 biji bawang putih ~ pilihan
4 sudu kicap manis ~ habhals ( kicap cap kipas udang ) yana guna JALEN
3 sudu besar kuah soto
3 biji limau kasturi ~ ambil jusnya
garam/perasa pilihan ~ oleh kerana sudah gunakan kicap habhals yg sudah cukup rasa, tak perlulah bubuh apa2 perasa lagi

CARA PENYEDIAAN:-
  1. Tumbuk cili padi bersama bawang putih ~ jgn terlalu lumat
  2. Gaul rata bersama kicap, kuah dan jus limau kasturi.
  3. Jika kurang rasa, masukkan garam dan perasa pilihan
Selamat Mencuba :-)

4 comments:

Bbwana adienia said...

Sedapnya..wana peminat tegar soto..

Amie said...

Yana... ada lagi tak? Adeeehhh.... cuaca sejuk2 gini sedapnya dapat hirup soto...ni tak cukup 2 mangkuk tau!

Najib Ariyan said...

sedapnya soto... suka soto yg buat bebetul yg pakaiminyak punya... tak suka yg sihat2 tu yg main rebus2 je... sambal kicap kan... hmmm harini nak buat sambal kicap lah

tun_telani said...

sedap sgt2!! tun kalau makan mmg akan letak begedil byk2.. tun hantu bergedil, tp nk buat tu sgt laa malas..