Monday, January 5, 2015

IKAN KERISI MASAK KICAP PEDAS

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^

Cepatnya masa berlalu..hari ni dah 5hb..next week my little chubby kakak damia dah mula sekolah.. agak berdebaran ibu nii..al-maklumlah baru 1st time nak menghantar anak g sekolah..tadika je pun tapi debaran rasa macam anak dah masuk darjah satu hihii~~

Okess..pagi ni yana nak share resepi yang simple tapi InsyaAllah sedap..Ikan Kerisi Masak Kicap Pedas..Kat rumah yana kalau masak kicap harus laku keras..incik suami dan anak2 memang suka sangat lauk berkicap..tak macam yana a.k.a tukang masak nii..yana lebih suka masakan yang bersup..suka yang hirup2 gitu..

Tq kak Ita share resepi dari Pak Engku nii..memang sedap..InsyaAllah lepas ni boleh buat lagii..Untuk resepi ni yana kurangkan sedikit tahap kepedasannya sebab budak2 bawah umur nak makan..bagi ada rasa pedas2 manja jee ^__^.. Kepada kengkawan yang takde idea nak masak apa hari ni, bolehlah cuba masak kicap pedas nii..insyaAllah pasti sedapp..


IKAN KERISI MASAK KICAP PEDAS
Resepi : Pak Engku ( Buku Santapan Lauk Pauk Tradisi )
Sumber cuci mata : Kak Ita Masam Manis

5 ekor ikan kerisi ~ siang dan cuci bersih
sedikit garam dan kunyit

BAHAN KISAR
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inci halia

10 tangkai cili padi

15 tangkai cili kering ~ rendam lembut
1 sudu teh ketumbar
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih

Rempah tumis
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum cengkih
5 biji pelaga
1 helai daun pandan ~ simpul

2 biji tomato ~ belah 2
2 biji lada hijau ~ dihiris kasar
1 labu bawang besar ~ dihiris
2 tangkai daun sup ~ dimayang halus
200 ml air asam jawa
100 ml minyak
1 ketul gula melaka
5 camca besar kicap manis
Garam & gula secukup rasa

CARA PENYEDIAAN:-

  1. Gaulkan ikan bersama kunyit dan garam kemudian goreng hingga kuning keemasan. Angkat dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan rempah tumis dan daun pandan hingga harum
  3. Masukkan bahan kisar dan masak hingga pecah minyak dan wangi. Masukkan air asam jawa, kicap manis dan gula melaka.
  4. Kacau rata dan biarkan merenih, jika kuah pekat tambah air. Masak hingga didih
  5. Masukkan ikan kerisi. Akhir sekali masukkan tomato, bawang besar dan daun sup.
  6. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa
  7. Angkat dan boleh dihidangkan
Selamat Mencuba :-)

7 comments:

Azlita Aziz said...

Terima kasih juga Yana kerana mencuba. Terliur pulak akak.. nasib baik baru masak kemarin tapi dengan ikan selar pulak.. tapi kerisi lagi sedap rasanya.. ^_^

Kakzakie Purvit said...

Hmmm... sedap ni Yana. Kakak ikan kerisi memang favorite. Kalau goreng aje pun kakak dah suka kena macam ini laaagilah:)

Cikgu Ma said...

sedap jugak resipi ni..slalu goreng jer :)

Sweet red cherry said...

kalau wana ikan kerisi ni goreng garing..fuh, bertambah nasik bila makan.hehe

Amie said...

Dapat dibayangkan betapa comelnya Damia masuk sekolah tadika nanti... he hehhehe...
Belum pernah lagi masak ikan kicap pedas... tentu sedap ye Yana.

shathea said...

pourquoi ne pas regarder ici https://www.dolabuy.ru/ son explication dolabuy louis vuitton visiter le site Chrome-Hearts Dolabuy

Anonymous said...

air jordan travis scott
supreme hoodie
supreme new york
fear of god
fear of god
off white nike
jordan outlet
golden goose
bape hoodie
jordan shoes