Monday, August 3, 2015

SUP TULANG JANGAN PANDANG BELAKANG

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Sup Tulang Jangan Pandang Belakang..Klazz gituuu nama resepinya kan hehee..Ekceli yang ni hidangan mimggu lepas lagi..tak sempat nak masukkan dalam entry..sibuk sikit dengan tugas hakiki..Maaf yer yana tak sempat nak berkunjung balas lagi ke rumah kawan2..InsyaAllah ada kelapangan nanti yana pasti singgah ^__^


~~Memang sedap sangat sup tulang ni..Patut lah namanya macam tu sebab bila makan duk pandang mangkuk je hehee..Kawan2 semua harus cuba tau..Tq very2 much pada Chef Amer dan juga kak ita yang sudi share resepi melatopss ni..InsyaAllah raya korban nanti boleh jamu kat orang kampung pulak..Jom semak resepi ^__^ 


SUP TULANG JANGAN PANDANG BELAKANG
Sumber cuci mata : Kak Ita @ Masam Manis

BAHAN-BAHAN:-
1kg tulang lembu ~ cuci bersih. Kak Ita & yana rebus dahulu tulang hingga empuk. Masa merebus tulang jika ada lemak atau buih kotoran tu buang. Air rebusan jangan buang sebab kita akan gunakan untuk masak kuah sup
2 sudu besar minyak masak
1 sudu besar minyak sapi
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji pelaga
1 labu bawang besar ~ dihiris
1 paket kecil rempah sup ~ anggaran 2 sudu besar
Air secukupnya ~ boleh guna air rebusan daging
1 batang lobak merah ~ di dadu
2 biji kentang ~ di dadu
Daun sup dan daun bawang ~ di hiris

BAHAN KISAR :
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 batang lobak merah
1 batang leek

CARA PENYEDIAAN;-

  1. Semua bahan di atas di kisar. Bawang merah, bawang putih dan halia kisar sekali. Lobak merah, celery dan leek kisar sekali
  2. Ini bermakna ada 2 mangkuk bahan kisar berasingan yang perlu kita tumis nanti

Bawang goreng untuk tabur
Garam secukup rasa
1 sudu teh lada sulah

CARA PENYEDIAAN:-
  1. Panaskan minyak sapi dan minyak dalam periuk
  2. Tumiskan rempah tumis ( kulit kayu manis, bunga lawang, pelaga dan cengkih ) dan bawang yang telah dihiris hingga harum dan garing
  3. Masukkan bahan kisar ( bawang merah, bawang putih dan halia ) dan tumis lagi hingga garing dan terbit minyak
  4. Masukkan pula lobak merah, celery dan leek yang telah dikisar halus. Masak lagi hingga garing
  5. Kemudian masukkan rempah sup. Rempah sup ni boleh dicampur air untuk dijadikan pes
  6. Tumis lagi hingga rempah garing. Jika terlalu pekat boleh masukkan sedikit air
  7. Bila semua dah garing masukkan tulang dan air rebusan tulang. Jika kurang boleh tambah air biasa. Kacau sebentar dan biarkan ia merenih. Jika gunakan tulang yang tidak direbus awal, masak hingga tulang empuk. Mungkin proses memasak menjadi lebih lama kerana nak tunggu tulang empuk
  8. Semasa proses merebus ni akan keluar minyak, buih-buih dan sedikit kotoran. Sendukkan dan buangkan semua kotoran buih-buih dan minyak di permukaan sup. Ini adalah kotoran dari darah dan minyak dari lemak pada tulang
  9. Bila daging dah empuk masukkan lada sulah dan garam secukup rasa
  10. Akhir sekali masukkan kentang dan lobak merah yang telah didadu kecil
  11. Masukkan juga daun sup dan bawang goreng
  12. Tutup api dan sedia di hidangkan
Selamat Mencuba :-)

2 comments:

cheq da said...

Kelasss benar nama sup..

tun_telani said...

unik resepi ni.. dh campur ngan resepi mat salleh kot blend carrot ngan leek jugak. nnti raya haji blh buat nih.. hari2 biasa jarang ada tulang daging.