Thursday, February 7, 2013

TALAM GULA MERAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera ^__^

~Ketandusan idea nak membebel malam ni^^..Kita layan je lah Kuih Talam Gula Merah yana buat 2 hari lepas..Tibe je teringin nak makan

Kuih Talam Gula Merah ni resepi dari Ratu Talam kita Kak Yatie..memang selalu jadi pilihan yana kalau buat kuih talam..konfem jadi punyer^^..Untuk kali ni, yana buat 1/2 adunan je..buat dalam bekas lap u mcm ni senang sikit nak ngap..xpayah nak potong memotong ~ sebenarnya sengaja buat dlm bekas ni sebab fail lg nak potong kuih talam..mesti xcantik potongannya heheee...




TALAM GULA MERAH

BAHAN LAPISAN BAWAH
200gm gula merah
2 sudu gula pasir
2 1/2 cwn air biasa
1 cwn tepung gandum
1 sudu besar tepung ubi
1 sudu besar air kapur

CARA PENYEDIAAN:-

  1. Masak gula merah dan gula pasir bersama2 dengan air. Sejukkan.
  2. Sementara itu, panaskan pengukus dan balut dengan kain penutupnya.
  3. Satukan semua bahan, kacau sehingga semuanya larut dan tapiskan. Masak sebentar di atas api sederhana dan sentiasa kacau.
  4. Tuangkan dalam loyang yang telah disapu sedikit minyak.
  5. Kukus selama 20 minit. Setelah masak cakar2 sedikit di atas permukaan dan tuang adunan lapisan atas.
BAHAN LAPISAN ATAS
3 cwn santan pekat
1 cwn tepung beras
Sedikit garam

CARA PENYEDIAAN;-
  1. Satukan semua bahan, kacau sehingga sebati dan tapiskan.
  2. Kacau atas api sederhana sehingga adunan hampir pekat.
  3. Tuang atas adunan bawah dan kukus sehingga masak ( selama 20 minit )
  4. Sejukkan dahulu sebelum di potong.
Selamat Mencuba :-)

4 comments:

Asyifa Mustaffa said...

sedapnya kuih nie....nak try buat...tp bhn2 lak x mencukupi nie.....nnti2 la cubanya...:-)

Amie said...

Cantik kejadian talam gula merahnya ni Yana... cute!

Nuwairani Ismail said...

salam kak yana...bentuk lup2 lagi talam dia...dah lama tak buat kuih tradisional ni...sejak2 jd mak buyung ni malas betul nak memasak. adeh...

shazrina said...

tak tau kenapa, kuih yang paling saya suke ialah kuih talam ..ermm separuh loyang tu, saya sorang je boleh habiskan tau ... :D