Monday, February 4, 2013

APAM MEKAR TEPUNG BERAS

Assalamualaikum dan salam sejahtera ^__^

Selamat pagi semua ^^..Jom kita cuci mata dulu dengan bekpes hari ini..Apam Mekar Tepung Beras Kak Fida..Semalam meronda2 kat MyResepi mencari resepi baru terjumpa ler resepi apam baru Kak Fida..ramai yang dah hantar report walaupun baru je Kak Fida tayang kat MyResepi..Nak buat pun senang jer..sambil joging dari dapur pahtu ke bilik intai si kecik tu sedang lena..siap jugak menu simple pagi nihh..cian Kak Long Damia..dah lama tak makan apam ibu buat..hari ni betul2 dia makan..mulut plak xbenti cakap..sedap bu sedapp..bangga ibu..hikhikk..

Tapi kan..satu kejadian pelik telah berlaku..yana letak 2 kaler untuk apam nih..hijau dan pink tapi yang keluar dari kukusan..hijau dan brown..Tak tahu ke mana hilangnya kaler pink tersebut..Tak pernah pulak jadi sebelum nih ^^..Pe2pun..apam yang gebus dan lembut ni dah abis..yana buat half adunan jer..dapat 14 biji saiz comel2~~~


APAM MEKAR TEPUNG BERAS

200g tepung beras * ( 2 cawan )
2 sk baking powder * ( * diayak bersama )
180g gula halus ( 2/3 cawan + 1/8 cawan )
1 cawan susu segar/cair/santan cair~ yana guna susu cair
1 sk esen vanila ~ yana guna perisa pandan & ros
pewarna pilihan

CARA PENYEDIAAN :-

  1. Panaskan kukusan. Acuan dialas mangkuk kertas.
  2. Satukan bahan2 kering di dalam mangkuk lalu tuang susu segar/cair/santan sedikit2 sambil kacau hingga gula larut dan sebati. Masukkan esen vanila dan kacau lagi.
  3. Warnakan adunan ikut pilihan. Tuang 3/4 penuh adunan ke dalam acuan dan kukus selama 15 minit atau hingga masak.
  4. Apam ini enak dimakan begitu saja atau dengan kelapa parut kukus dan cicah gula apom
Selamat Mencuba :-)

7 comments:

Amie said...

Cantik mekarnya Yana..
senangkan buat kerja lkalau sikecil tidur lena!

Gee® said...

Morning Yana... nk apam kaler hijau 2 ketul boleh...? geramnyaaa tgk...

Cheq Sue said...

gebunya apam tu... boleh jugak try ni... dah lama tak makan apam

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

salam yana..
wahh... nampak gebus betul tu... mesti lembut je apam tu kan.. sebab dia merekah pun lain dari rekahan apam yang biasa kita lihat.. menarik plak tgk.. hihi.. akak simpan dululah resepi.. kot2 rajin nak cuba.. sukalah kakak damia dpt mkn apam ibunya buat.. hairan juga.. kemana peginya yg warna pink?

mama sara nur said...

mekarnya cantik sure sedap di makan
apam beras ni memang sedap akak pun perrhh layan kalu ada
kena dgn air kopi tu

mama sara nur said...

mekarnya cantik sure sedap di makan
apam beras ni memang sedap akak pun perrhh layan kalu ada
kena dgn air kopi tu

zila norazila said...

Mmg nmpak gebu..leh jgk akk cuba nnt..