Saturday, February 23, 2013

LEPAT PISANG

Assalamualaikum dan salam sejahtera ^___^

~ Jom cuci mata dulu dengan kuih Lepat Pisang..1st time yana buat sendiri..biasa beli jer..Minggu lepas dapat pisang abu dan daun pisang sekali dari jiran baru yang baik hati^^ Alhamdulillah..Jiran2 kat sini memang pemurah sangat..hampir setiap hari dapat pemberian sampaikan kita pulak asyik fikir nak balas apa pulak..tak kan nak bagi pinggan kosong je kan ^^

Lepat pisang nih yana buat untuk makan petang semalam..Tak sangka pulak damia suka..biasa kalau beli dia tak makan..agaknya kuih ibu dia buat sedap kot hihii..pe2pun kita cuci mata jelah ekkkss..yana nak merempit ke rumah kengkawan pulak..jumpa lagi ^__^


LEPAT PISANG
Sumber cuci mata : Kak Mas Dunia Ku

BAHAN-BAHAN:-

12 biji pisang abu ( dilenyek )
3/4 ~ 1 cawan tepung beras
3 sudu besar gula ~ yana ganti gula merah
1/2 biji kelapa parut ( putih sahaja )
secubit garam
daun pisang ( dilayur di atas api dipotong 15cm setiap satu - anggaran sahaja )
Sedikit santan ( yana tambah )

CARA PENYEDIAAN :-

  1. Campurkan tepung dan gula bersama pisang yang sudah dilenyek, kacau hingga sebati, ( kalau cair tambah sedikit tepung lagi ~ agak2 mcm buat cekodok tapi adunan cair sikit )
  2. Gaulkan garam bersama kelapa parut dan ketepikan.
  3. Kemudian ambil daun pisang dan letakkan adunan pisang sebanyak 2 sudu makan atau 1/2 senduk.
  4. Kemudian letakkan kelapa parut diatas adunan tadi.
  5. Lipat daun pisang tu,ala macamkita beli tu dan susun dalam loyang pengukus sehingga adunan habis.
  6. Panaskan air dalam pengukus dan kukus lepat pisang tadi bersama2 selama 20 - 30 minit ( tak perlu tunggu air mendidih 

Selamat Mencuba :-)

4 comments:

adda syuhada said...

sedapnya...

Sheila Shafeareen said...

Assalamualaikum Yana kuih lepat pisang fv akk ni..abah akk pun suka...megandung ank kedua megidam lepas pisang...heee...boleh habis be ketol2...

mama sara nur said...

assalam yana
aduhhh terasa kesedapannya tu, akak pun lama x buat lepat2 ni. kalu disini malas sb tak ramai yg makan. kalau kat umah mak di kg sure blh banyak pun laku he he
sedapp akak paling suka buat letak inti kelapa putih emm yummm yumm

Iera Daniera said...

wah tengah2 pantang ni, memang tahan nafsu jelah nengok lepat pisang kak yana ni. huhu...sedapnyerrrrr