Tuesday, February 5, 2013

MEE REBUS SIMPLE

Assalamualaikum dan salam sejahtera ^__^

Dalam kesibukkan melayan anak2 dan tugas harian yang makin bertambah, hanya yang simple2 dapat dihidangkan buat suami tercinta..Alhamdulillah..terhidang juga Mee Rebus Simple yang lazat nih..suami makan hingga menjilat mangkuk hehee..

Resepi Mee Rebus Simple ni memang selalu yana buat..Resepi asal menggunakan daging tapi yana dah tukar pada ayam..Tetap sedap rasanya..Terima kasih pada tuan empunya resepi sharmah@MyResepi..mintak izin yana share kat sini pula yer..layan^^


MEE REBUS SIMPLE

BAHAN-BAHAN:-

BAHAN A ( Rebus )
1/2 kilo tetel/tulang kambing/lembu ~ yana guna ayam je ^^
2500ml air

BAHAN B ( Kisar )
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 cm halia
2 batang serai
3 cm lengkuas
1 sudu makan udang kering
2 sudu makan ikan bilis
3 @ 4 sudu makan rempah kari daging

BAHAN C

3 biji keledek rebus ( saiz kecil ) kisar halus
1/2 cawan kacang goreng ( tumbuk setengah halus )
2 sudu makan taucu ( lenyek, hancurkan sedikit ) ~ yana x letak xde stok

BAHAN SAMPINGAN  

Telor rebus, bawang goreng, daun sup, daun bawang, lada hijau, kicap manis, limau kasturi 
1 kg mee ~ yana guna spagetti
Sedikit taugeh ( optional )
Sawi

CARA PENYEDIAAN:-

  1. Rebus bahan A hingga daging setengah empok, masukkan bahan kisar. Masak sampai daging empok.
  2. Masukkan pula bahan C. Tambah garam dan gula secukup rasa. Kacau sekali sekala hingga mendidih dan pekat. Tambah sedikit tepung gandum dan tepung jagung/kanji kalau kuah kurang pekat.
  3. Bila sudah cukup rasa dan kepekatan yang diinginkan, siap untuk dihidangkan dengan mee dan taugeh yang dicelur dan bahan taburan..sedap ^^
Selamat Mencuba :-)

5 comments:

Mas said...

simple dan sedapp..
akak suka...

Hafizah Mohamad said...

Salam Yana cayang...baby sihat...sedapnyer mee rebus ni...senangnya nak buat...x payah nak tumis2...rebus jer naik sekali...senang keja...kuah pulak pekat...sedapnyer....he he he

Amie said...

Simple bukan sebarang simple ni Yana... simple yang menggoda selera nih!

shazrina said...

haaaa simple simple pon, haaaa berderet bahan bahan ...sedap jugak layan mee rebus ni ..terima kasih membangkitkan tunas rase saye unutk mencari mee rebus esok :D ..

kakyon said...

Boleh dicuba resepi ni..nmpk sedap..