Wednesday, February 27, 2013

BAKED APPLE FRENCH TOAST

Assalamualaikum dan salam sejahtera ^__^

Alhamdulillah..dapat jugak bersiaran pada waktu pagi yang indah ini..Dah lama yana tak dapat bersiaran waktu pagi..Kesibukkan tugas yang makin bertambah menghadkan masa bersantai depan cik lappy tersayang..Sorry dan mintak maaf banyak2 yer kengkawan sekiranya yana xsempat nak berkunjung balas..bukan kita sombong tau..cuma xde masa..InsyaAllah..ada masa terluang nanti yana pasti berkunjung jua..moga ikatan persahabatan di alam maya ini terus kukuh ^^

Okess, pagi ni jom kita layan dulu Baked Apple French Toast hasil terskodeng kat dapur AlongRoz sedikit masa lalu..mmg dh lama yana nak mencubanya..masa Along tayang dulu sekitar tahun lepas, yana tengah mabuk cinta huhuu..xde mood nak masak waktu tu..lepas habis mabuk cinta terus terlupa pasal resepi nih and now, hasil mabuk cinta tersebut dah berusia 5 bulan baru teringat balik resepi Baked Apple French Toast nih kuikuiii^^

Tq kepada Wendy & Along sudi share resepi yang simple jer nak membuatnya..kepada peminat french toast macam yana nih boleh lah cuba..sedap sangat~ suka sangat bau cinnamon yang harum mewangi ^__^




BAKED APPLE FRENCH TOAST
Resepi : Wendy@Tablefor2

BAHAN-BAHAN:- ( hidangan 6 org/8" x 12" casserole )
12 keping roti sandwich ~ yana guna 8 keping 
5 bj kecil epal fuji - kopek & hiris - 3 bj utk filling & 2 biji utk topping ~ 
100 g soft brown sugar*
1 st serbuk kayu manis* (*campur)
4 bj telur ~ yana guna 3 bj gred B
1/4 st garam
250ml susu ( yana guna susu cair )
1st vanilla essense

CARA PENYEDIAAN :-

  1. Pukul telur, garam, susu & VE sehingga sebati.
  2. Celup 6 keping roti ( jgn smpai kembang ) ke dlm bancuhan telur di kedua2 belah & susun di dlm kaserol tahan panas yg telah diminyakkan.
  3. Gaulkan 1/2 campuran gula dgn epal filling & tabur ke atas kepingan roti tadi.
  4. Celup baki 6 keping roti ke dlm bancuhan telur & susun atas taburan epal.
  5. Tuang rata lebihan bancuhan telur.
  6. Susun kepingan epal & tabur 1/2 lebihan campuran gula.
  7. Bakar 180(fan)/200c selama 20-30minit hingga keperangan.

Selamat Mencuba :-)

4 comments:

Amie said...

Wah! Hebatnya Yan... dah buat apple french toast pulak dah... nak merasa barang sepotong!

Iera Daniera said...

wah ni pun nampak sedap. terima kasih kak yana sudi singgah blog ira. maaf la lama tk blog walking. jarang dpt ngadap laptop dah huhu. masa kerja takleh nk ngomen plak. kena blocked. mcm2 resepi kt blog kat yana ni. boleh ngidam mcm2 singgah sini. hehe

tun_telani said...

Salam kak yana cayang.. tun dh 2minggu lebih xngadap blog.. aritu blk kg, pastu bz sgt2 xsempat nk duk lama2 ngadap Fb ngan blog.. TT
nmpk sedap! senang pulak tu. tun mmg suka sgt bau cinnamon!

Jujubabes said...

sedap laaaaa ..suke giler ..tengok bahan bahan pon cam dah sedia ade kat rumah ni ..mintak resepi ye :)