Thursday, December 1, 2011

AYAM BERSOS LEMON

Assalamualaikum..bersua lagi kita pada tanggal 1 Disember 2011..kejap masa berlalu..tak sedar dah sampai ke penghujung tahun..umur pun dah makin bertambah..moga pertambahan usia akan mematang lagi diri yana dlm mengharungi hidup sebagai seorang isteri..cewaaaahh..ayat xbleh blah pulak petang2 nii hihii..

Tengah hari ni Yana juz ratah ayam jer..balik kg ari tu seperti yg telah dijangka..nafsu mkn mmg tak leh ditahan..semua depan mata best..al maklum je lah..bukan kita yg masak..sesekali org masak untuk kita mmg terasa nikmat je dapat makan hihiii..skg ni baru terasa dh terbam bam sikit huhuu..pe2pun kna mkn jgk kan..krg xde tenaga nk bt keje..dah lah keje kat umah byk..hmm..

Jom je lah kita intai resepi Ayam Bersos Lemon..Memang slalu yana buat ayam nii..makan mcm tu jer..Resepi diceduk dari TryMasak Online..mmg sedap bagi Yana..suka dgn sos lemon yg simple jer nak buatnya..layann:=)

AYAM BERSOS LEMON


BAHAN UNTUK AYAM

200 gm isi ayam ( potong memanjang )
1/4 cawan tepung jagung
2 biji kuning telur
2 sudu besar air
1 sudu kecil serbuk lada hitam
Garam secukup rasa

BAHAN UNTUK SOS

1/4 cawan jus lemon
1 sudu besar madu
1 cawan air
2 sudu kecil stok ayam ( yana guna 1/2 kiub )
1 sudu besar tepung jagung
1 inci halia ( hiris nipis )
2 1/2 sudu besar gula ( yana letak 2 sudu jer ) 


CARA NAK BUAT:-

Menyediakan sos

  1. Campurkan semua bahan.
  2. Kacau sos di atas api kecil hingga mendidih dan pekat.
  3. Tutup api dan ketepikan.
Untuk Ayam
  1. Cairkan tepung jagung bersama air. Campurkan kuning telur, garam dan serbuk lada hitam. Kacau rata.
  2. Celupkan isi ayam ke dalam adunan dan goreng hingga garing keemasan.
  3. Sebelum hidang, curahkan sos lemon tadi di atasnya..siap..:=)
Selamat Mencuba :=)

6 comments:

Amie said...

layan ratah ayam masak lemon di sini ye Yana...sama-sama kita perabih!

cik cek said...

Ya la kan...ratah je ayam ni mesti sedap kan...

EmbunRosaliza said...

Assalam yana, sedapnya ayam sos lemon tu, boleh kurangkan sikit lemak2 heheh. telan air liur ni akk

tun_telani said...

sedapnyer kak yana.. dulu masa kt uni tun selalu beli ni kt uni. ala2 chinese take-away gitu..

ainihussin said...

kak yana. kenapa asyik masak yang sedap sedap jerk? jeles tau ! ekeke~

rahel said...

Rahel suka sangat ngan ayam sos lemon..sedap ngan nasi putih..emmm sedapnye.