Assalamualaikum dan selamat petang semua..dh mkn petang ke..klu belum jom join yana mkn Apple pie..Penuh kesabaran betol nak bt pie nii..nasib baik jadi dan yg penting mmg sedap..Ekceli yana beli epal hijau ni coz nak bt kerabu..hmm..xsangka pula jadi pie..hikhikk..xpe..esok kita bt kerabu ek..yana xpernah merasa lagi kerabu epal hijau..
Resepi Apple Pie ni yana amek kat umah Kak Liza..dah lama simpan resepi..ari ni baru menjadi..mintak izin yee kak Liza..yana nak share kat sini pula utk rujukan akn dtg..Jom layan Apple pie bersama lemon tea panas..segarnyaa :=)
APPLE PIE
Resepi: Kak Liza-SWEET LIZAHANUM
BAHAN-BAHAN:- ( Yana buat 1/2 adunan jee )
UNTUK INTI PIE:-
6 biji epal hijau, dikupas kulit, potong 12 setiap 1 biji epal
200 g gula perang
50 g kismis
20 g tepung jagung, bancuh dgn sedikit air
UNTUK DOH PIE :-
500 g tepung gandum
200 g mentega
2 biji telur Gred A, dikacau sedikit
200 g gula halus (saya kurangkan sukatan gula sbb inti pie tu dah kira
manis-yana kurangkan juga)
CARA NAK BUAT:=
- Dalam periuk masak gula hingga cair . Masukkan epal dan kismis. Gaul rata. Masukkan bancuhan tepung jagung dan masak hingga pekat. Sejukkan.
- Untuk doh pula, ayak tepung dan gaulkan dengan gula halus hingga rata. Masukkan mentega dan gaul hingga menjadi seakan2 serbuk roti. Tuang telur yg telah dikacau tadi sedikit demi sedikit sambil digaul hingga terhasil doh yg tidak melekat dimangkuk adunan. Bungkus dgn plastik dan sejukkan 30 minit.
- Selepas 30 minit keluarkan doh dan biarkan sebentar. Kemudian canai doh diantara 2 plastik hingga menjadi kurang lebih 1/2 cm tebal. Doh mesti dicanai lebih besar dari mangkuk pie.
- Perlahan-lahan tanggalkan plastik bahagian atas dan dgn cermat terbalikkan doh ke dalam mangkuk pie. Ratakan perlahan2 hingga menutupi kesemua bahagian dalam mangkuk itu. Potong lebihan doh. Tuangkan inti yang telah sejuk.
- Tutup permukaan pie dgn lebihan doh, buat cara sama seperti cara no.4. Sapu dgn kuning telur dan larikkan dgn garfu secara bersilang utk menghasilkan corak. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 175C selama 30 minit.
- Sejukkan pie sebelum dimakan.Nanti melecur lidah tu sebab filling tu panas.
Selamat Mencuba :=)
12 comments:
mmg pun nak buat pie ni kena byk sabor...pie epal mesti rasa masam manis..
bestnyer apple pie...tingat kat mekdi tu, slalu beli jer..
Salam Yana,
Hari ni menu omputih lak ya....nampak rangup dan sedap la, meh semangkuk
wah.. dh lama tun x makan.. biasa tun pemalas sikit, wat loyang besar terus.. hihi.. sedap!
nani pon macam kak tun...kalau buat apple pie, bantai loyang besar terus. senang cerita...cepat habis buat...hihih...kak yana takpelah, rajin...hihih...dah lama tak buat ni...
Amboi yana rajinnya wat pie,cantik,ct lak lagi malas,kalo wat,guna puff kawan ajer..
@Qhaifa Nur> haah..suka rs masam manis pie tu..nak mkn punya psl, sabo je lah time btnya hihiii
@Cendana Kasih> yana pun slalu beli je klu p mcd..ari ni tibe je nak try bt sndiri..best jgk..xyah beli dh :=)
@Kak Wattie> hehee..sesekali tukar menu kak..nak blaja bt skali :=)
@Tun Telani> K.yana br 1st time bt sndiri..umah ni xleh bt besar..krg xabis..mkcik ni jgk kna abiskan.. senang bt kecik cani..cepat je abis hehee
@Nani>Lepas ni nk bt loyang besar pula..bleh bg jiran..ari ni nak test dulu jd ke x..hihii..sesekali je rajin ni..klu males, cian damia mkn roti je lah..huhuu
@Ct>Yana xpnh beli pun lg puff kwn tu..nk try jgk bt dgn puff kwn..mst lg sedap..yg ni leceh skit coz kna uli..tp xpe 1st try kan..best jgk btnya hehee
Post a Comment