Thursday, April 11, 2013

PUDING ROTI BERSOS KAREMEL

Assalamualaikum dan salam sejahtera ^__^

~ Menu bekpes bawa ke lunch hari ini~ Puding Roti Bersos Karemel yang sungguh yummy ^^ Seperti biasa kalau buat puding roti yana guna resepi dari Kak Hana..Kali ni yana buat dalam ramekin jew..senang nak ngap..males nk potong hihii..Tq kak Hana..sekali lagi mintak izin nak share kat sini pulak yer kak ^^

Untuk sos karemel pulak yana try resepi dari athira alya..resepi ni terskodeng kat dapur Sha.. Tq pada tuan empunya resepi..Sos karemel nih memang sebijik rasanya mcm dips kat auntie anne tu..lepas nih teringin nak bikin preztel pulak kalau ada kerajinan ^^sos karemel banyak lagi walaupun yana buat 1/2 adunan jer~ Dah pukul 12.30am..jom cuci mata dulu..tuan tanah nk cuci kaki lepas tuu zzzzzzzzzzzzzz... jmpa lagi ^__^




PUDING ROTI 

BAHAN-BAHAN:-

8 keping roti
* 500 ml susu segar
* 4 sudu besar gula halus
* 2 sudu butter - cairkan
* 2 biji telur
* 1 sudu teh esen vanilla
* 1 sudu besar tepung jagung
* 1 sudu kecil serbuk cinnamon
2 sudu besar kismis

CARA NAK BUAT:-
  1. Koyakkan roti dan susun dalam loyang yang telah digris dengan sedikit butter.
  2. Gaul rata bahan2 bertanda * dan tuang ke atas roti tadi.
  3. Biarkan sebentar dalam 20 - 30 minit agar roti terendam sepenuhnya.
  4. Taburkan kismis diatas adunan.
  5. Bakar pada suhu 180c selama 30 minit atau sehingga masak.
SOS KAREMAL @ CAREMAL SAUCE
Sumber cuci mata : Noorsha.blogspot.com

BAHAN-BAHAN:-

1 cawan gula
6 sudu makan butter ( margerin pun boleh tapi masin sikit )
1/2 cawan whipped cream
2 sudu besar air -sha & yana tambah

CARA PENYEDIAAN:-
  1. Masak gula dengan api sederhana, sampai warna coklat2.
  2. Bila dah mendidih, masukkan butter.. ( bila masuk butter, gula akan membuak. so better gunakan periuk yang tinggi sikit )
  3. Selepas butter tadi dah sebati dgn gula..alihkan dr api sebentar dan  masukkan whipped cream tadi. Kacau hingga sebati lepas tu masal dgn api kecil sekejap
  4. Masukkan dalam bekas tertutup. Biarkan sejuk sebelum disimpan dalam peti ais
Selamat Mencuba :-)

7 comments:

Zalieda Zaliedana said...

Assalam yana,ct singgah memalam nih puding roti de lagi x,wah de sos karamel bagai sure kagi sedap n malatop..Ct xnah g mkn aunty anne punya prezel tuh,sdap ya yana..jakun betui kan,salu lalu duk usha2 gitu ja..

Kakzakie Purvit said...

Kakak belum pernah cuba sos keramel tapi biasa kakak sos custard. Nak cubalah lain kali macam Yana buat - nampak sedap sangat:)

tun_telani said...

Salam sayang kak yana.. ehh.. ni nape mkn manis2 nih.. diet! diet! hahhaha.. saje je tun ni kan :p

Mas said...

akak suka puding ni..
sedapppp kan

rahel said...

Nampak sedap puding sos karamel ni...teringinlah..

Cheq Sue said...

nampak menarik sungguh lelehan sos karamelnya tu yana... next time boleh la cuba jugak ni

Amie said...

Comelnya pudng sos karamel Yana... kak Amie amil satu boleh tak???