Wednesday, October 29, 2014

KASWI PANDAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^

Kuih simple2 je untuk minum petang..Kaswi Pandan..Kuih ni feberet kami sekeluarga..memang laku keras lah kalau buat kuih nii..tak sangka pulak si tecik wisya pun suka..banyak jugak dia makan..Tq pada empunya resepi Cikgu Hafi @ MyResepi..Tq jugak pada kak Yatie yang share resepinya..yana kopipes dari dapur akak je ekk ^__^



KUIH KASWI PANDAN
Resepi: Cikgu Hafi @ MyResepi
Sumber cuci mata : Kak Yatie @ Sinar Kehidupanku

BAHAN-BAHAN:-

  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 cawan air@ air pandan
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 sudu besar tepung ubi
  • 1 sudu besar tepung beras
  • sedikit pewarna hijau @ pandan emulco
  • 1 sudu kecil air kapur mkn

  • sedikit garam * - gaul bersama kelapa parut
  • 1/2 biji kelapa parut * - putih sahaja

CARA PENYEDIAAN:-
  1. Blend semau bahan diatas kecuali kelapa parut & garam.
  2. Tapis bahan yang telah di blend ke dalam loyang & kukus selama 30 - 40 minit.
  3. Setelah masak sejuk kan terlebih dahulu baru potong.
  4. Gaul bersama kelapa yang telah digaul bersama garam.
  5. Boleh la dihidang untk minum ptg @breakfast.
  6. *Kalau masa angkat kuih kaswi ada takungan air di atasnya...sengetkan loyang sedikit, buangkan air takungan guna sudu sedikit demi sedikit dan biarkan seperti asal...tunggu benar2 sejuk barulah di potong menggunakan pisau plastik supaya cantik dan licin.....Selamat Mencuba

Selamat Mencuba:-)

2 comments:

Cheq Sue said...

seronok kalau ramai yang suka makan...cheq sue kureng sikit kuih kaswi ni...tambah pulak mulut nak menyuapnya pun mulut sendiri aje...

Ayu said...

Assalam yana,
wah pasti sedap kaswi pandan ni...akak so far belum cuba lagi buat perisa ni..:)