Friday, October 31, 2014

AYAM GORENG ALA KFC

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^

Hari ni tayang menu kanak-kanak riang..Kalau goreng ayam ala kfc macam ni sure terlajak laris kan..makan tinggal tulang hehee..Kali ni yana terskodeng resepi kat dapur toke kek yang makin maju Kak Mas duniaku.. sebelum ni dah ada 2 3 resepi ayam ala kfc yang dah yana cuba..nanti uols selongkar sendiri la ekk ^__^~~~peace~~




AYAM GORENG ALA KFC
Resepi : Saiful Hanie FB ~ xleh nk link
Sumber cuci mata : Mas @ Duniaku

BAHAN A:
Chicken Wing ~ anggaran 5 ketul
garam secukup rasa
kiub ayam ~ yana & mas tambah
1 sudu besar madu
serbuk kari daging dalam 2 sudu besar 
serbuk lada sulah dalam 1 sudu kecil
( semua bahan digaul sebati dengan chicken wing dan diperap selama 2 - 3 jam atau semalaman )

BAHAN B:
1 biji telur

BAHAN C:
3 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar jagung
1 sudu besar tepung ubi kayu
1 sudu kecil dry oregano ~ yana tambah
1 sudu besar parmesan cheese ~ yana tambah
( gaul semua tepung2 tu )

CARA PENYEDIAAN:-
  1. Celupkan ayam yang diperap tadi dalam telur dan golekkan dalam campuran tepung tadi
  2. Goreng dengan minyak yang banyak dan api sederhana dan tutup kuali atau periuk untuk mendapatkan ayam yang lembut dan berjus di dalam dan rangup diluar
Selamat Mencuba :-)

3 comments:

EmbunRosaliza said...

Assalam yana, aam ala2 kepci ni sudah semestinya menjadi kesukaan anak2, goreng basa pun sedap je di org mkn, kalo buat mcm ni lagi lah best kan

Kakzakie said...

Kalau tengok pun memang dah serupa benar dgn KFC tu Yana. Kakak nak cubalah...:)

Bbwana adienia said...

wah, nampak menjadi ayam goreng kfc tu..sedap ni..best makan.. :D