Friday, October 10, 2014

PULUT INTI

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^

Pembuka hari ini..Pulut Inti kegemaran yana dan anak2..Ekceli dah lama buat pulut inti..baru hari ni dapat buat entry..Moh kita layan pic je la ekk..Puan tanah agak bizi hari ni..banyak tugasan sedang menanti..maklumlah lama bercuti kan..InsyaAllah kalau ada masa nanti yana singgah umah kengkawan~~peace~~



PULUT INTI

BAHAN-BAHAN:-

2 cawan pulut ~ rendam 3 hingga 4 jam dan toskan
1 cawan santan sederhana pekat
1 helai daun pandan ~ disimpul

BAHAN INTI:-

1/2 biji kelapa parut putih
1 keping gula melaka ~ yana guna nise kelate
1 helai daun pandan ~ disimpul
1 sudu kecil tepung beras + 2 sudu besar air
Sedikit gula pasir ~ kalau nak tambah kemanisan
secubit garam

CARA PENYEDIAAN:-

  1. Kukus pulut sehingga masak lebih kurang 20 minit
  2. Keluarkan dan gaul dengan santan yang telah di campur dengan garam. Sambung lagi kukus selama 15 minit
  3. Untuk inti pula, cairkan gula melaka bersama air, sedikit garam dan daun pandan. Masak sehingga agak likat baru masukkan kelapa parut. Masak biar serata.
  4. Kemudian bancuh tepung beras dengan air lalu dituangkan ke dalam inti yang sedang dimasak. Tujuannya untuk menjadikan inti agak kering dan kental agar tidak bertaburan.
  5. Okey dah siap..kalau ada daun pisang lagi best pulut inti nii..sudukan pulut atas daun pisang yang telah dilayurkan. Kemudian letakkan inti atasnya..bungkus macam nasi lemak..siap..jom makan ^__^
Selamat Mencuba :-)

3 comments:

Kakzakie said...

Kakak dari sebelum Hari Raya lagi teringin nak kukus pulut tapi sampai hari ini tak terbuat lagi Yana. Tengok Yana punya aduhai teringat balik. Tapi kakak teringin nak makan dgn kuah durian...

Tengoklah hari minggu ni dpt tak agak-agak nak buat macam Yani:)

Amie said...

Cantik rupa parasnya... inti manis ye Yana.

Rose Azadir said...

Salam kenal, saya blogwalking kat sini, jemput singgah ke blog saya http://ibu2ahmad.blogspot.com. Saya follow sini n kalau sudi follow la saya balik yer....