Tuesday, March 18, 2014

PUDING MILO LAPIS OREO

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^

Edisi nak clearkan pic dalam folder lagi heheee..ekceli, puding fofular ni dah lama yana buat..bulan puasa tahun lepas lagi :-P.. Masa bulan puasa hari tu memang langsung tak ada kesempatan nak update blog.. Maklum je lah anak makin membesar dengan aktifnya..ibu makin kurang masa untuk diri sendiri heheee

Okess, kita layan pic je la eekk..sape2 yg belum cuba lagi puding ni harus cuba ye..memang sedap..tq pada Along Roz resepinya..mintak izin yana share kat sini pulak yer untuk rujukan akan datang ^__^




PUDING MILO LAPIS OREO

BAHAN-BAHAN :-

1 bungkus @ 10g jelly ~ serbuk agar-agar
750ml air
160gm gula ~ yana guna 140gm
1 tin @ 400g susu cair
3/4 cawan serbuk milo
1 bungkus ( 137gm ) oreo cookies ~ patah2kan tp biarkan sandwich 2 lapis

CARA PENYEDIAAN:-

  1. Masak serbuk agar2 dan air sehingga larut. Masukkan gula dan masak sehingga gula larut. Masukkan susu, kacau sebati sehingga mendidih
  2. Asingkan 2 cawan ke dalam periuk yang lain dan campurkan milo sehingga sebati
  3. Tuangkan 1 cawan campur milo ke dalam acuan. Panaskan campuran milo yang separuh lagi dengan api paling kecil supaya tidak membeku. Apabila permukaannya mengeras sedikit, tuangkan kesemua adunan putih tadi. Taburkan biskut oreo. Apabila permukaannya mengeras sedikit, tuangkan baki adunan milo tadi.
  4. Biarkan membeku di suhu bilik sebelum masukkan ke dalam peti sejuk
TIPS UNTUK MELAPIS
  • Jangan tunggu sehingga lapisan membeku sepenuhnya sbb takut lapisan tidak melekat. Jika membeku semua, guris2kan permukaan dengan garfu sebelum tuangkan lapisan seterusnya
  • Pastikan adunan masih panas apabila menuang ke atas lapisan sebelumnya supaya ia melekat dengan baik
Selamat Mencuba :-)

3 comments:

Kakzakie said...

Bukan aje sedap tapi nampak cantiklah bila dah potong-potong. Kakak suka rasa oreo dia tu Yana..

Bbwana adienia said...

wah, sedapnya..cantik lapisan..

Sue @ Nenie said...

Salam Kak Yana...Ishhh kepopularan pudding ni tak perlu dipertikaikan lagiii...Dan Hasilnya memang mabelesss kan kak...Anak2 saya pun suka berkali-kali minta ulang buat....