Friday, June 27, 2014

KEK KURMA MOIST TANPA TELUR

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^

Entry sepantas kilat ~~ Kek kurma ni yana buat beberapa hari lepas..sedap tau kek kurma nii walaupun tak guna telur beliau tetap moist gebus gitu ^__^ 



KEK KURMA MOIST TANPA TELUR
Sumber cuci mata : Nuri & Kak MaDiHaA

BAHAN-BAHAN :- ( 18 cm )
3/4 cawan susu kotak/UHT
3/4 cawan gula halus ( Yana & Kak MaDiHaA kurangkan sukatan & gunakan gula perang )
1/2 cawan minyak sayur/masak
1 cawan tepung gandum
18 biji kurma ( kalau kurma keras boleh rendam dengan susu semalaman )
1 sudu kecil baking soda ( soda bikarbonat ) ( MaDiHaA & yana bersama2 tepung gandum)
1 sudu kecil esen vanilla
1 genggam kecil gajus/cashew nut (optional) ~ yana & MADiHaA x letak

CARA PENYEDIAAN:-
  1. Buang biji kurma dan kisar hingga halus dengan sedikit air. ( Yana & MaDiHaA kisar terus dengan susu & minyak sayuran ) masukkan kurma dalam bekas mixing.
  2. Masukkan bahan cair tadi, minyak, gula dan susu. Biarkan gaul dan sebati. Masukkan tepung, baking soda dan esen vanilla. Cashew nut tu ditumbuk halus dan campurkan. Kalau tak suka tak payah  tapi cashew nut bagi kek rasa lemak2 gitu.
  3. Bakar kek dalam 35 minit pada suhu 180c. Kalau kek tak melekat kat lidi dah masak la tu. 
NOTA : Warna kek mungkin tak sama sebab bergantung dengan jenis kurma yang digunakan

Selamat Mencuba :-)

Thursday, June 26, 2014

KUIH BEKO PANDAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^

Kuih beko antara kuih kegemaran yana..kalau balik kampung memang wajib beli..biasanya dijual bersama dengan kuih akok..dekat kampung yana kat Pasir Mas masih ramai lagi yang jual kuih tradisional nii..so, memang tak susah nak mencarinya..suami yana orang kedah pun dah mula suka kuih beko nii..sedap tau.. suka sangat bau wangi kelapa+pandan~~~

Yang ni 1st time yana buat sendiri..Alhamdulillah..memang sebijik rasanya macam kat kedai selalu yana beli.. Yana buat dalam acuan kuih cara..comel je saiznya hehee..Tq Kak Wan share resepinya.. ingat susah nak buatnya..tak sangka pulak sekelip mata je dah siap buat kuih nii..Jom semak resepinya ^__^



KUIH BEKO PANDAN

BAHAN-BAHAN:-
200gm kelapa parut putih
80gm gula pasir ~ yana letak 60gm je
150gm tepung pulut
1 biji telur A ~ dipukul ringan
4 sudu besar air
1/2 sudu kecil garam
1/4 sudu kecil pandan emelco ~ jika suka

CARA PENYEDIAAN:-
  1. Satukan kelapa parut, gula, garam, tepung pulut. Gaul rata. Masukkan telur, pandan emulco  dan air sedikit demi sedikit sambil dikacau rata. Adunan tidak cair dan tidak terlalu pekat, kelihatan parutan kelapa bila di adun
  2. Lencer acuan bahulu/cara dengan minyak. Kemudian panaskan di dalam oven sehingga minyak betul2 panas
  3. Keluarkan acuan,  masukkan adunan hingga penuh. Bakar selama 20 - 30 minit di dalam oven pada suhu 200c atau hingga permukaan kuih keperangan.
  4. Dah siap..sedia untuk dimakan :-)
Selamat Mencuba :-)

Wednesday, June 25, 2014

TOM YAM AYAM ALA THAI

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^

Menu yang simple2 je arini..takde idea nak masak apa so tomyam je lah jadinya..semua kita campak dalam periuk hehee..Lunch boleh makan dengan nasi..dinner pulak jadi kuey teow tomyam..lagii sodapp kan ^__^

Tak mo bebel banyak2..layan je lah resepinyaa..Resepi tomyam ni yana amek kat dapur Kak MaDiHaA..tengok dah banyak kali Kak MaDiHaA buat sure sedap kan..memang sedapp...dapat hirup  panas2..dengan rasa pedas + masam..alahaiiii..sedapp tak terkata..jom cuci mata je laa ekk.. semua dah habiss ~~~ 


TOM YAM AYAM ALA THAI
Sumber cuci mata : Kak MaDiHaA

BAHAN-BAHAN:-

Beberapa ketul daging ayam ~ dipotong kecil
3 sudu besar pes tomyam Thai
Beberapa helai daun limau purut
2 batang serai ~ dititik
5 - 6 biji cili padi ~ diketuk
1 sudu besar sos ikan
2 sudu besar susu pekat
2 biji limau nipis ~ diperah dan diambil jusnya
Garam secukup rasa
1 lau bawang besar ~ dipotong bulat
Bunga kobis
lobak merah ~ dipotong bulat
1 batang daun saderi ~ dipotong pendek ~ xletak xde stok
1 biji buah tomato( banyaknya penggunaan sayur terpulang kepada citarasa masing2 )

CARA PENYEDIAAN:-
  1. Masukkan air secukupnya bersama pes tomyam, serai, limau purut dan cili padi. Kacau dan masak sehingga mendidih.
  2. Kemudian masukkan ayam dan masak sehingga ayam empuk.
  3. Perasakan dengan garam, susu pekat, sos ikan dan jus limau nipis. Kacau rata, Akhir sekali masukkan bunga kobis, lubak merah, bawang besar, buah tomato, batang saderi. Biarkan sebentar sehingga mendidih dan kemudian tutup api.
  4. Bolehlah dihidangkan. Sedap dimakan sewaktu tomyam masih panas

Selamat Mencuba :-)

Thursday, June 19, 2014

KUIH LOPES

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^

Alhamdulillah..dapat jugak hapdate blog hari nii..kebizian melanda beberapa hari yang lalu.. tak sempat nak jenguk blog sendiri dan blog kengkawan..InsyaAllah hari ni mahu merempit ke dapur kengkawan..harus sudah terlepas resepi yang best2 nii ^__^

Okess, pagi ni kita jamu mata dulu dengan kuih lopes..antara kuih kegemaran yana..sekarang ni dah jadi kegemaran anak2 pulak..suka sangat tengok dorang makan sambil cicah air gula..sedapp katanya ~~ 



KUIH LOPES

BAHAN-BAHAN:-

2 cawan beras pulut
2 cawan santan cair
1/2 cawan air pandan ( dikisar )
1 sudu kecil air kapur
1/2 sudu kecil garam
beberapa titik pewarna
kelapa parut yg digaul dengan sedikit garam

**air gula**
3 ketul gula melaka
5 sudu besar gula
3 cawan air

CARA PENYEDIAAN:-

  1. Cuci beras pulut, rendam beras pulut dengan air selama 3 jam, masukkan juga pewarna hijau & air kapur. Kisar daun pandan bersama 1/2 cawan air dan tapiskan airnya. Kemudian toskan dan masukkan dalam loyang. Kukus selama 20 minit. Lepas tu masukkan santan & air pandan. Kukus lagi selama 30 minit.
  2. Alas bekas 4 segi/bulat dengan plastik/daun pisang. Ambil pulut tekan padat2 dgn plastik/daun pisang. Biarkan sejuk, kemudian potonglah ikut bentuk yang anda suka. Kemudian golekkan dalam kelapa parut.
  3. Semasa kukus pulut, boleh buat air gula. Masukkan semua bahan dalam periuk, bila dah mendidih kecilkan api dan masak hingga agak likat. Bila dah sejuk boleh dimakan bersama pulut.
  4. **air gula nih bergantung pada saiz gula melaka yg anda gunakan, jika guna yg besar boleh lebihkan kurangkan gula.

Selamat Mencuba :-)

Friday, June 13, 2014

AYAM KASTURI

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^

Menu yang entah bila dibuatnya ^__^ Rasanya tahun lepas lagi yana buat Ayam Kasturi nii..duk godek2 folder terjeling tgk pic nii..Hmm..baru teringat tentang ayam kasturi..yana jumpa resepi ni kat umah Kak Ayu singapore..sedap tau ayam kasturi nii..ada kelainan sedikit dari ayam masak merah biasa yang dibuat..kalau nak rasa sila buat sendiri ekk..sesuai dimakan bersama dengan nasi berempah or nasi putih..yana makan dengan nasi putih je..

Terima kasih kepada penyumbang resepi Aini Salim dan Kak Ayu..mintak izin yana share kat sini pulak yee..bertambah lagi koleksi resepi ayam merahku ^__^




AYAM KASTURI
Resepi : Aini Salim
Sumber Cuci Mata : Kak Ayu 

BAHAN-BAHAN:-

1 ekor ayam ~ dikerat 4
2 biji bawang besar ~ hiris bulat
Minyak utk menumis
garam + serbuk perasa

BAHAN KISAR :-

kunyit basah
20 ulas bawang merah + 1 biji bawang besar ( Ayu tambah )
10 tangkai lada kering ~ Ayu & yana letak 3 sudu besar lada kisar
4 biji lada merah + cili padi ~ yana x letak cili padi
sedikit belacan
 ( kisar semua bahan dgn 1 cawan air )

PERASA :-

8 biji air limau kasturi
1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
2 sudu besar kicap cair ~ yana letak kicap lemak manis JALEN
1 sudu besar halia kisar
2 sudu besar gula

CARA PENYEDIAAN :-
  1. Perap ayam dengan bahan PERASA 1jam
  2. Panas minyak lalu tumis bahan kisar biar wangi
  3. Masuk ayam dan sedikit air. ~ Ayu tuang jus perapan tadi
  4. Masak hingga ayam empuk dan kuah pekat
  5. Tambah garam dan perasa. Boleh juga tambah kicap mengikut selera masing2
  6. Tutup api..sedia dihidang
Selamat Mencuba :-)