Sunday, June 28, 2015

KEK PISANG LEMBAB BERKEJU

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^

Entry pagi ni tak ada kena mengena dengan menu iftar..Saja nak habiskan pic dalam folder..huhuu..bertingkek tingkek nak habiskan..Kek pisang ni dah lama yana buat..Rasanya bulan 2 hari tu..Masa tu kek ni tengah hot..sana sini sinu duk tayang kat fesbuk..kita pun gatai tangan lah nak mencubanya~~~



Seperti yang telah diwar2kan..kek ini memang sedappp dan berganda lagi kesedapannya sebab ada cheese..huhuu..my feberet..Kepada peminat kek pisang macam yana ni harus cuba resepi ni tau..lembut sangat keknya..makan tak boleh stop ^__^


KEK PISANG LEMBAB BERKEJU
Resepi : CMG

250gm tepung gandum*
1 camca teh soda bicarbonate*
1/2 camca teh garam halus* (*digaul rata dan diayak )
1/2 cawan parutan keju cheddar
5 biji telur A
120gm gula perang ( soft brown sugar )
15 gm ovallate ( kurang lebih 1 camca besar rata )
225 gm pisang emas
3 - 4 titik perisa pisang ( atau boleh guna esen vanilla )
225ml minyak jagung ( boleh guna mentega cair , jika suka )

CARA PENYEDIAAN:-
  1. Panaskan oven pada suhu 175c. sebab che mat guna acuan warna hitam, che mat guna suhu 160c Lenser acuan dengan mentega hingga rata. Lecek pisang bersama perisa pisang @ esen vanilla hingga hancur. Ketepikan.
  2. Dalam mangkuk adunan, gaul gula perang dengan ovallate hingga sebati. Masukkan telur ( kesemua sekali ). Kemudian putar hingga rata. Tukar pada kelajuan tinggi dan putar hingga adunan kembang dan pekat seperti adunan kuih bahulu
  3. Sederhanakan kelajuan, masukkan pisang lecek dan putar rata. Masukkan tepung yang diayak sedikit demi sedikit hingga habis. Tambah parutan keju dan putar rata. Akhir sekali tuang minyak jagung, gaul rata denga spatula.
  4. Tuang dalam acuan dan ratakan. Bakar selama 45 - 50 minit atau hingga masak. Uji dengan lidi sate bersih dan cucuk behagian tengah kek. Jika keluar bersih, tanda kek abda telah masak. keluarkan dari oven, biarkan 5 minit dan boleh keluarkan dari acuan. Sejukkan sepenuhnya kek atas jaringan. Boleh dihidangkan.
Selamat Mencuba :-)