Sunday, June 28, 2015

BISKUT TIRAMISU

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^

Biskut Tiramisu yang senang disediakan dan sedap dimakan..nyumm nyummm..Dah lama buat dessert yang simple ni..Rasanya bulan 2 lagi..Ingatkan dah buat entry rupanya masih dalam draf..ada lagi yang terlepas pandang :-)


Ekceli, dessert ni popular sejak tahun lepas lagi..dah ramai kengkawan kat muka buku yang menerai..Yana je belum sampai seru nak buat masa tu tapi bila dah selalu sangat lalu depan wall kita harus jua tergoda ^__^


Sedap layan biskut tiramisu ni time sejuk2 gitu..Memang sesuai sangat untuk dessert berbuka puasa..anak2 mesti suka..Tq kepada penyumbang resepi..mintak halal ye yana tampal kat sini ^_^


BISKUT TIRAMISU
Resepi : Group Resepi Ringkas FB

BAHAN-BAHAN :-

Biskut ~ yana guna cream cracker
1 tin susu cair
1 tin air
6 sudu besar tepung kastard
3/4 sudu besar gula
1 sudu teh esen vanilla
Serbuk milo secukupnya

CARA PENYEDIAAN:-
  1. Masak semua bahan di atas kecuali biskut cracker dengan api perlahan. 
  2. Kena kacau selalu sampai pekat
  3. Bila dah pekat tutup api dan ketepikan
  4. Susum biskut cracker dalam loyang atau bekas pilihan. Kemudian tuang adunan kastard tadi sampai penuh menutupi biskut.
  5. Lepas tu tabur serbuk milo. Ulang proses sehingga habis
  6. Dah siap boleh simpan dalam fridge dan sejukkan
Selamat Mencuba :-)

1 comment:

ainihussin said...

Kite selalu buat ni k.yana. makan time sejuk pehhh. Hihi.